MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 24 Januari 2012

SOFIA LEONG KELUAR UMNO SERTAI USNO


EKSKLUSIF

Pengasan UMNO Bahagian Tenom - Sofia Leong Chau Chu sertai USNO. Tamparan hebat kepada BN(Umno) menjelang pilihanraya ke13. --- Foto: BORNEO DIGEST.
TENOM (Sabah Malaysia): Umno Tenom mendapat tamparan hebat apabila salah seorang pengasas parti itu di Tenom, Sofia Leong Chau Chu mengistiharkan diri untuk keluar parti, dan menyertai perjuangan USNO.
   Beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi (penaja) Parti USNO.
   Dokumen pengistiharan keluar parti itu bertarikh pada 14 Januari 2012 di Kg. Jawa Sumbiling pada jam 4:46 petang.
   Sofia yang dihubungi kemudian mengesahkan telah keluar daripada parti Umno dan memberitahu Borneo Digest beberapa dalilnya;
   “Saya hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Umno Bahagian,” katanya, dan menambah – beliau merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom ketika mula-mula bertapak di daerah itu.
   “Perjuangan saya dan rakan-rakan pengasas tidak dihargai oleh kepimpinan Umno Bahagian,” tekannya dan memberitahu;
   “Bukan mudah untuk membawa Umno ke Tenom,”.
   Umno bertapak ke Tenom pada Tahun 1992 dan Sofia Leong diantara yang bekerja keras untuk meyakinkan rakyat mengenai perjuangan parti itu, namun katanya, segala apa yang beliau curahkan tidak pernah diberi penghargaan daripada pucuk pimpinan parti.
   “Datuk Seri Musa Aman tahu apa yang saya lakukan, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah malah Presiden Umno Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak tahu yang telah kami lakukan di sini,” jelasnya dengan sedih.
   Menegaskan bahawa kaum wanita bukan golongan yang lemah, Sofia Leong berkata bahawa pengundi yang paling ramai di negara ini merupakan kaum wanita.
   “Di Tenom juga undi kaum wanita boleh mengatasi kaum lelaki,” katanya dan mengajak kaum itu supaya bersatu pada pilihanraya ke-13, untuk memastikan perjuangan mengambalikan kuasa politik Sabah menjadi satu realiti.
   Apabila diajukan soalan tidak kah mengesali keputusan yang telah diambil, Sofia Leong menjawab:
   “Anda boleh merujuk Datuk Hj. Sairin Hj. Karno mengenai perjuangan saya dalam parti sejak daripada Parti Usno, dan mengorbankan perjuangan itu kepada UMNO,” katanya.
   Sofia Leong memberitahu, beliau akan bekerja keras untuk mengajak lebih ramai ahli Umno untuk mengikuti jejak langkahnya.
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan