MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 24 Januari 2012

MANCHESTER CITY TUMPASKAN TOTTENHAM HOTSPUR 3 - 2


WORLD//DUNIA/SUKAN

MANCHESTER CITY TUMPASKAN TOTTENHAM HOTSPUR 3 - 2


MANCHESTER - Mario Balotelli sekali lagi menjaringkan gol kemenangan di tengah-tengah kontroversi apabila penalti pada babak akhir memberikan kemenangan 3-2 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City ke atas Tottenham Hotspur semalam.
   Spurs merasakan pemain Itali itu tidak sepatutnya beraksi perlawanan semalam kerana memijak kepala Scott Parker.
   Pemain Itali itu dimasukkan pada babak kedua ketika kedudukan terikat 2-2. 
   Selepas menerima satu kad kuning, dia terselamat daripada menerima kad kuning kedua selepas dilihat memijak kepala pemain tengah Spurs, Parker.
   Ketika penyokong City meraikan kemenangan tersebut, Balotelli menerima reaksi berbeza daripada pengurus Spurs, Harry Redknapp.
   "Saya tidak suka orang menyepak kepala orang lain di atas padang.
   "Mengapa dia masuk dan menyepak kepala seseorang pemain ketika pemain itu terbaring. Saya tidak faham.
   "Ini bukan pertama kali dia melakukannya dan saya tidak pasti ia adalah yang terakhir," kata Redknapp.
   Selepas memperoleh kelebihan dua gol menerusi Samir Nasri dan Joleon Lescott, City mengawal permainan dengan baik.
   Namun mereka tersentak dengan kebangkitan Spurs yang menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jermain Defoe dan Gareth Bale.
   Drama perlawanan berterusan sehingga ke saat akhir sebelum jaringan kemenangan menerusi penalti Balotelli apabila percubaan Defoe tersasar ketika cuba menyambar hantaran lintang Bale, yang sepatutnya menjadi gol kemenangan Tottenham.
   Pada masa kecederaan, Balotelli dikasari Ledley King dan pemain Itali itu menyempurnakan penalti untuk memberikan kemenangan ke-11 berturut-turut buat City di laman sendiri setakat ini. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan