NAMAN
MINDA
MINUM
kopi di kedai Kun Sang Keningau, memberi kesempatan untuk mendengar ceramah
politik yang disampaikan oleh beberapa Penganalisis Politik Swasta. Dan pagi
Sabtu tadi satu lagi topik disajikan – ‘calon-calon pilihanraya’.
DATO' SERI NAJIB TUN TAZAK - sah calun |
Penganalisis Politik Swasta atau PPS digelar
oleh kawan-kawan sebagai orang 'pintar kedai kopi' - begitu petah berbicara. Pintar menghurai isu-isu semasa selain
mampu untuk menelanjakan seorang pemimpin. Hatta jika dihalusi pandangan mereka
terhadap seorang pemimpin, seolah-olah
jarum yang disorok di bawah bantal pun mereka mampu untuk melihatnya.
TAN SRI MAHYUDDIN - sah calun |
DATUK MUSA - sah calun |
Lewat pagi pada Sabtu, mereka telah
mengumumkan calon-calon untuk kawasan pedalaman, yang menyaksikan Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, Datuk Justin Guka, Datuk
Elron Angin, Datuk Bobby Datuk Radin Malleh, Datuk Rubin Balang, Datuk Raimie
Unggi dan Tan Sri Joseph Kurup, kononnya sudah tidak ada dalam senerai calon BN
bagi pilihanraya ke – 13 yang bakal diadakan bila-bila masa pada tahun ini.
BARISAN NASIONAL |
Penganalisis ini menyeneraikan nama-nama
calon bagi semua kawasan di pedalaman, namun yang kelakarnya, calon-calon yang
disebut dikalangan kawan-kawan mereka.
Selain itu nama penceramah tersebut juga
konon tersenerai sebagai calun pilihanraya.
Sedihnya ceramah seperti ini disampaikan
oleh mereka yang berpendidikan. Penjawat awam dan terdapat juga dikalangan
mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.
Masalahnya ialah orang kampong yang tidak
mengetahui sepak terajang politik, begitu mudah menerima info-info tersebut dan
akan mengembangkan cerita itu di kampong dan seterusnya cerita kedai kopi itu
mampu untuk menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin.
Jika kita berfikir sejenak, bagaimana
seorang yang tidak pernah bersemuka dengan Perdana Menteri boleh memperolehi
maklumat ‘sumber utama’ mengenai pemilihan calun. Adakah PM lebih mempercayai
individu yang tidak dikenali berbanding Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri
seperti Datuk Seri Musa Hj. Aman?
Jawapannya cerita-cerita penganalisis swasta
itu yang ada di merata di seluruh pelusuk Negara adalah bohong semata-mata.
Calun yang confirm pada ketika ini Cuma tiga
orang iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan
BN Sabah bagi negeri ini.
Apapun cerita-cerita kedai kopi itu sebahagian
menceriakan kehadiran pilihanraya, namun info yang disampaikan seharusnya
disajikan secara berhemah dengan tidak merosakkan perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan