MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 12 Mac 2012

RAKYAT RAMAL BN BERKUASA SEMULA SELEPAS PILIHANRAYA KE-13


SARAWAK (Malaysia): Penganalisis politik di Sarawak meramalkan Barisan Nasional (BN) masih berkuasa di Sabah selepas pilihanraya ke-13, namun perolehan kerusi berkurangan khususnya yang ditandingi oleh Umno, PBS, Upko, PBRS, MCA dan Gerakan.
LOGO BARISAN NASIONAL (BN)
   Parti Reformasi Negeri (STAR) memenangi sekurang-kurangnya 5 atau 6 kerusi, SAPP 3, DAP 2 dan kerusi-kerusi yang lain dimenangi oleh calun Bebas.
PETA SABAH MENUNJUKKAN KAWASAN DITANDINGI PADA 2008
   Parti Keadilan Rakyat (PKR) diramal tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya tersebut.
   Parti Bersatu Sabah (PBS / BN) akan kehilangan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kerusi, Upko / BN kehilangan 2 kerusi sementara Umno akan kehilangan 5 atau  6 kerusi.
   Parti Gerakan jika diberikan kerusi untuk ditandingi akan kalah kepada SAPP jika kawasan itu berlaku pertembungan.
   Penganalisis memberitahu, BN boleh mengekalkan atau menambahkan kerusi untuk dimenangi jika kerja keras untuk memenangi hati rakyat daripada sekarang.
   “Halangan BN adalah propaganda yang dimainkan oleh STAR,” dedah penganalisis itu.


   Ramalan turut dibuat yang meletakkan DAP memenangi kesemua kawasan Bandar di Sabah pada pilihanraya itu, namun BN boleh memintas jika calun yang dipilih dikalangan yang boleh diterima oleh kesemua kaum di kawasan pilihanraya itu.
   Pendirian STAR yang enggan berkompromi dengan PR, menjadi faktor utama kenapa missi menawan Sabah gagal pada pilihanraya ke-13.

  

17 ulasan:

  1. Hanya rakyat sahaja yang berhak dan berkemampuan untuk melakukan perubahan dalam negara bila PRU-13.

    BalasPadam
  2. Bukan saya ingin memikirkan yang negatif, tetapi melihat keadaan Pembangkang sekrang yang berbalah disebabkan merebut kerusi dan tidak boleh mencapai persetujuan untuk melangkah bersama, rasanya BN akan menang sekali lagi.

    BalasPadam
  3. BN sabah pasti akan menang besar...

    BalasPadam
  4. ini disebabkan dengan perkembangan semasa di mana pembangkang di sabah menemui jalan buntu (dead end) untuk membentuk kerjasama...SAPP tidak ingin berkompromi dengan jumlah kerusi yang ingin ditandingi mereka dan Star yang kian mendapat sambutan menurut media elektronik, juga tidak mahu bersekongkol dengan PR yang dari semenanjung disebabkan oleh Agenda Borneo dan UBA...jadi pecahan undi pembangkang akan berlaku di mana kelebihan ini sudah pasti memihak kepada BN sabah.

    BalasPadam
  5. apa2 pun, rakyat yang akan menjadi penentu...kita tunggu dan lihat keputusan PRU13 nanti.

    BalasPadam
  6. Well, the choice is in your hand. Vote wisely.

    BalasPadam
  7. But it is most likely that BN will once again win the election due to the opposition parties refuse to cooperate with each other.

    BalasPadam
  8. semua ini hnyalah ramalan, tapi dilihat mgkin peluang pembangkang masih lagi tipis untuk menang, ini kerana sikap mereka yang sentiasa berbalah dan ego, kerana itu persepakatan tiada antara mereka.

    BalasPadam
  9. Saya pun konfiden BN akan menang PRU13. Cuma next GE lagi, rasanya belum tentu oo...

    BalasPadam
  10. Nmaun politik ni sukar diramal. Apapun boleh berlaku tanpa ada yang mampu menduga dengan tepat. huhu

    BalasPadam
  11. Dari rakyat saja ba tu buat keputusan. Menang kalah BN tu tak payah diramal, tunggu sajalah:P

    BalasPadam
  12. kewujudan STAR dianggap semua pihak sebagai penghalang kepada hasrat parti pembangkang membentuk kerajaan baru di negeri ini.. apa respon JK??

    BalasPadam
  13. kegagalan parti2 pembangkang di negeri ini bersatu membuktikan pemimpin2 mereka mempunyai agenda lain iaitu jawatan kabinet.. jika benar mereka gagal kali ini, bukanlah disebabkan oleh kekuatan BN, tetapi disebabkan oleh ketamakan pemimpin2 pembangkang..

    BalasPadam
  14. kalau tiada kerendahan hati pemimpin2 pembangkang pasti tidak mau berstu tapi tak patut rakyat yang sengsara pun tidak mau bersatu...biarkan dan tinggakhan pemimpin yang keras kepala dan angkuh!

    BalasPadam
  15. Kehadiran parti STAR menerima banyak tentangan di kalangan parti pembangkang sendiri, kerana dikuatiri rakyat menumpukan undi kepada parti ini berlandaskan perjuanganya selari dengan aspirasi rakyat ketika ini tambahan pula dipolopori oleh seorang pejuang hak yang konsisten dan belum pernah dirasakan oleh rakyat kepimpinanya..jika rakyat negeri ini memberi sokongan kepada pemimpin parti ini kita tidak nampak sesuatu yang merugikan rakyat dan negeri ini.

    BalasPadam
  16. semua parti politik mempunyai perjuangan yang berlandaskan aspirasi rakyat.. tidak ada parti politik yang memperjuangkan agenda yang bertentangan dengan aspirasi rakyat..

    BalasPadam
  17. Pakatan rakyat fokus kepada semenanjung la, tak payah kacau politik Sabah/Sarawak. Isu di semenanjung berbeza dengan isu-isu yang perlu diberi perhatian di Sabah/Sarawak. Biarla kita urus rumah sendiri sebelum mengurus rumah orang.

    BalasPadam