MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 12 Mac 2012

WARTAWAN SABAH MISKIN TEGAR




Oleh: AFFANDY HJ. JALUDIN
(Stringer Borneo Digest di Russia yang sedang bercuti di Tenom)
WARTAWAN GUNA KREN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR
TENOM (Sabah Malaysia): Wartawan di Sabah merupakan golongan miskin tegar  di dunia, tetapi tugas mereka amat mencabar dan terdedah kepada pelbagai risiko.
   Di Negara-negara maju keriar wartawan memuncak sehingga ke tahap mewah, namun nyawa mereka terdedah kepada risiko untuk dibunuh.
   Indonesian Corruption News melaporkan sepanjang tahun 2010 seramai 57 wartawan  dibunuh ketika menjalankan tugas.
   Seorang wartawan yang berkhidmat dengan akhbar tempatan di Sabah pula hanya dibayar beberapa ratus ringgit sebulan, atau setinggi-tingginya disekitar RM1,300.
   “Mereka tidak mendapat pembelaan daripada mana-mana pihak, tetapi menteri-menteri berkata bahawa tugas wartawan amat penting,” dedah Mohd Khairy Abdullah dalam satu majlis Bicara Wartawan di Tenom pada Ahad.
   Beliau memberitahu, ahli-ahli politik Sabah menjadikan wartawan umpama 'budak kecil' yang nilainya setakat belanja makan dan minum, kemudian dihulurkan RM50 atau RM100 setiap kali hadir untuk memberikan publisiti kepada mereka.
   Mohd Khairy merupakan mantan Ketua Biro New Sabah Times Pedalaman.
DIDIKASI KETIKA BERTUGAS HANYA DINILAI MAKAN DAN MINUM
   Wartawan yang amat dikenali itu memberitahu, apabila seorang wartawan di Sabah diberhentikan daripada perkhidmatan, nasib mereka amat menyedihkan kerana tidak ada sesiapa yang ambil peduli mengenai kebajikan mereka.
   Katanya, nasib seorang wartawan yang telah diberhentikan kerja umpama seorang yang telah meninggal dunia.
   “Hanya nama mereka menjadi batu nisan,” dedahnya.
   Bercerita mengenai keriar sepanjang 30 tahun sebagai wartawan, Mohd Khairy memberitahu bahawa beliau telah membantu ramai individu sehingga ke puncak kegemilangan politik, yang antara lainnya Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
   Beliau berkata, banyak masalah rakyat berjaya beliau selesaikan sepanjang bertugas sepenuh masa sebagai wartawan.
KETIKA MEREKA TERBUNUH, HANYA NAMA SEBAGAI BATU NISAN
   Katanya, ramai golongan ahli-ahli politik turut mendapat menafaat daripada perkhidmatannya.
   “Tetapi selepas saya bukan wartawan sepenuh masa, saya umpama hantu yang ditakuti oleh orang-orang yang pernah saya tolong,” katanya dan menambah;
   “Dalam keadaan-keadaan tertentu tidak ada sesiapa yang berani duduk semeja dengan saya ketika minum kopi di restoran,”.
   Mohd Khairy memberitahu beliau terpaksa mempelajari perkara baru, seperti bertani  dan menorah getah untuk meneruskan survival hidup.
   “Kerjaya baru itu jauh berbeza daripada seorang wartawan, tetapi kehidupan harus diteruskan,” katanya.
   Ketika ditanya siapakah ahli politik yang bersifat perihatin terhadap nasib wartawan,  Mohd Khairy memberitahu;
   “Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, Datuk Ghani Mohd Yassin, Datuk Frankie Chong dan Datuk Mohd Ariffin Arif,”.
   Beliau memberitahu bahawa hanya ahli-ahli politik ini yang pernah membantu beliau sepanjang bertugas sebagai seorang wartawan sepenuh masa.
  

9 ulasan:

  1. Wartawan tidak mendapat pembelaan, kebebasan media masih lagi dalam tahan yang rendah.

    BalasPadam
  2. Memang bukan senang nak menjadi seorang wartawan yang penuh masa, banyak cabaran yang perlu dihadapi.

    BalasPadam
  3. tugas sebagi wartawan bukan mudah, ia perlu ada kemahiran dan ketahanan dari segi fizikal dan mental. oleh itu, nasib para wartawan juga harus dibela.

    BalasPadam
  4. wartawan juga adalah manusia...mereka juga berhak untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  5. Terkenal ka si Mohd Khairy Abdullah??? Saya suka si wartawan Borneo post... Kalau dari tempat lain rasanya si Willie Jude bagus dia punya penulisan.

    BalasPadam
  6. Soal miskin tegar saya sendiri tak tahu pula tapi saya ni ramai kawan wartawan, nampak mcm OK saja pun salary dorang tu. Tapi mahu tengok jugala wartawan tu 'kategori' mana.

    BalasPadam
  7. Kalau betul lah apa yang dikatakan ni, memang kesian jugalah wartawan pun life... Miskin tegar tu adalah satu penghinaan buat wartawan yang boleh dikatakan nadi kepada penyalur maklumat/informasi. huhuhu. Harap kerajaan dapat juga pantau dan hukur bantuan dalam hal ni.

    BalasPadam
  8. zaman sekarang perlu lebih berhati2 kerana wartawan yang tidak bertauliah semakin ramai.. fungsi mereka hanya untuk memutar belitkan isu, menyebarkan fitnah, mengeluarkan laporan yang berat sebelah dan sebagainya..

    BalasPadam
  9. wartawan yang di segani ialah mereka yang berpegang kepada etika kewartanan..

    BalasPadam