MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 23 Mac 2012

RAKYAT SABAH TIDAK TAHU SIAPA KERAJAAN YANG SEBENAR


 EKSKLUSIF
KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Gabungan Anak-anak Peribumi Pedalaman (PERIBUMI) berkata, kebanyakan pihak di negeri ini tidak mengetahui siapa sebenarnya kerajaan.

BARISAN NASIONAL
   “Adakah Perdana Menteri, Ketua Menteri, menteri-menteri, ahli-ahli parti atau sesebuah parti?,”.
GENERASI INI ADALAH ANGGOTA KERAJAAN
   Lantaran kerana tidak mengetahui siapa sebenarnya kerajaan, rakyat melontarkan kekecewaan, kemarahan, maki hamun dan apa-apa sahaja terhadap kerajaan dengan tidak menyedari bahawa kerajaan yang sebenarnya adalah ‘rakyat’ dan mereka yang ‘sedang maki hamun’.
   Peribumi berkata, rata-rata rakyat tidak mengetahui fungsi kerajaan yang sebenar menyebabkan mereka dalam situasi terawang-awang.
   “Mereka maki hamun kerajaan, tetapi sebenarnya mereka menyumpah diri mereka sendiri,”.
   Kelab itu memberitahu bahawa sesuatu perlu dibuat supaya rakyat dididik mengenai fungsi dan tanggungjawab kerajaan yang sebenar.
   “Jika selamanya mereka dalam situasi daif, anasir yang mempunyai agenda tersembunyi begitu mudah untuk mempengeruhi rakyat untuk tujuan yang lebih mengeruhkan keadaan,” jelas Peribumi dalam satu kenyataan kepada Borneo Digest.
   Peribumi meletakkan kesilapan tersebut di atas bahu pemimpin khususnya wakil rakyat di kawasan masing-masing, kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar mereka sebagai ‘wakil’ yang terpilih dalam sebuah kerajaan untuk melaksanakan diantara tugasan penting itu.
   “Apa yang berlaku ke atas seorang wakil rakyat, atau pembantu menteri juga seorang menteri ialah hanya bercakap mengenai isu-isu pembangunan,” jelas kelab itu dan menambah;
RAKYAT BERBILANG INI ADALAH KERAJAAN YANG SEBENAR
   “Pembangkang sepatutnya turut memainkan peranan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara itu,”.
PETA NEGERI SABAH
   Peribumi menekankan satu garis penduan perlu diwujudkan untuk memilih seorang wakil rakyat, dalam usaha memantau agar individu yang terpilih menjalankan tugas sebagai wakil yang sebenar, dan bukan bertanding bagi tujuan bermegah dan kerja semata-mata.
   Wakil bagi sebuah kerajaan di kawasan masing-masing perlu seorang yang berilmu, dan bukan setakat dikalangan mereka yang boleh menang sebab untuk menang begitu mudah bagi mereka yang mempunyai kewangan yang cukup.
   Kelab itu menjelaskan, bukan sesuatu yang sukar untuk dipilih sebagai seorang calon pilihanraya jika mereka dikalangan yang berduit.
   “Senerio ini boleh berlaku pada era ini,” jelas Peribumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan