MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 8 Mac 2012

TABAH ADALAH NGO PAS, PERIBUMI MINTA RAKYAT SABAH AGAR TIDAK TERPENGARUH


KUALA LUMPUR (Malaysia): Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (PERIBUMI) mendedahkan TABAH atau Bela Tanah Rakyat Sabah, hanyalah alat PAS di negeri ini.
   “Jangan terpengaruh dengan apa yang pertubuhan itu anjurkan,” nasihat Peribumi dengan merujuk Perhimpunan Aman 123 Bangkit yang dianjurkan oleh TABAH pada 13 Mac ini.
   Peribumi berkata, pihak lain khususnya mereka yang bukan rakyat Sabah tidak sepatutnya terlalu sibuk mengenai isu-isu yang berkaitan ‘Tanah anak Negeri Sabah’.
   “Rakyat Sabah tidak memerlukan campur tangan daripada pihak luar khususnya penglibatan pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung mengenai isu ini,” jelas kelab itu.
   Peribumi merupakan kelab penyokong dasar-dasar kerajaan yang diterajui oleh sarjana-sarjana Dusun dan Murut pedalaman.
   Kelab itu memberitahu, apa yang Tabah lakukan semata-mata untuk menghidupkan pengaruh PAS di negeri ini yang kini umpama ‘melukut di tepi gantang’.
   “Selepas tidak mendapat sebbarang ruang politik di Sabah, pemimpin-pemimpin PAS menubuhkan Tabah dengan menjadikan isu tanah untuk menarik perhatian rakyat,” tambah Kelab itu.
   Peribumi berkata, kerajaan Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani isu-isu tanah yang dirungutkan oleh rakyat.
   Pada Rabu, Musa berkata beliau akan menjemput pemimpin parti kompenan Barisan Nasional (BN) bagi berbincang mendapatkan pandangan mereka mengenai Tanah Hak Adat Negeri (NCR).
   Jesteru kelab itu memberitahu, tidak perlu memorandum bagi tujuan itu kerana perhimpunan yang dirancang oleh Tabah dan sekutu hanya menerbitkan banyak isu yang tidak sihat.
   Mengenai perkara yang berkaitan, Peribumi berkata, Presiden Tabah Hishammuddin Sulaiman cuba berlagak sombong, apabila berkata bahawa perhimpunan yang bakal mereka adakan di Anjung Selera, tidak memerlukan sebarang permit.
   Kelab itu turut menyifatkan Hishammuddin sebagai cuba menanamkan budaya yang tidak sihat dikalangan rakyat Sabah, dengan mendidik mereka menyertai aktiviti yang bersifat agresif.
   “Kita tidak ada kegiatan-kegiatan seperti ini di Sabah, dan rakyat harus menyedari bahawa aktiviti seperti ini merupakan satu pendedahan yang boleh mempengeruhi generasi baru rakyat di sini,” tambah Peribumi --- ends/

15 ulasan:

  1. Sepatutnya PAS menumpukan perhatian mereka pada parti semenanjung dan menyerahkan isu Sabah kepada pemimpin kita sendiri.

    BalasPadam
  2. Musa bakal membincangkan isu NCR bersama dengan parti komponen BN, semoga mereka berjaya mencari solusi untuk masalah yang dihadapi rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The presence of TABAH in Sabah is solely to play on the NCR issue for political mileage of PAS.

      Padam
    2. As stated within the article above, the state government has it's own mechanism in handling this issue. Therefore it is in my opinion that the decision taken by the CM of not entertaining the TABAH demonstrators last Saturday was prudent and wise.

      Padam
    3. They are protesting to a matter that is still being deliberate by the cabinet of Sabah. Apart from that, the demonstration too has caused unwanted attention, to some extent can be viewed as a disturbance to the public.

      Padam
    4. Ya betul tu. Harap mereka berjaya cari jalan penyelesaian yang terbaik.

      Padam
    5. Isu tanah adalah agak kritikal di Sabah dan tidak hairanlah jika isu ini dapat perhatian ramai. Malah masing2 pun tak sabar untuk tahu tindakan kerajaan negeri dalam menanggani hal2 yang timbul.

      Padam
    6. Sama-samalah kita nantikan hasilnya nanti.

      Padam
  3. PAS cuba mencari publisiti murahan dengan memperalatkan emosi rakyat sabah berhubung dengan isu tanah...sedangkan di kelantan pun, isu tanah yang melibatkan orang asli masih belum selesai..seharusnya PAS memberi tumpuan di negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri dan biarkan kerajaan negeri sabah mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan isu tanah...mempolitikkan isu2 rakyat tidak akan membawa kepada penyelesaian kepada isu itu sebaliknya hanya memanfaatkan kepada pihak2 berkepentingan yang mempolitikkan isu itu sebagai publisiti murahan..

    BalasPadam
  4. isu NCR masih dalam perbincangan di Kabinet, seharusnya dalam masa ini tak harus ada apa2 perhimpunan, beri masa kepada kerajaan dalam bincangkan isu ini. Musa sendiri dah beri penyataan bahawa dia akan lindungi tanah2 adat.

    BalasPadam
  5. Walau apa pun cara yang digunakan oleh PAS untuk raih sokongan orang Sabah, cara itu tidak akan berhasil.

    BalasPadam
  6. apa pun yg dilakukan oleh rakyat Sabah tentang isu tanah ini akan menemui jalan yg runtuh kerana pemimpin Negeri ini kehilangan kuasa ketangan orang lain..menyokong tindakan yg dianjur oleh orang lain hanya lah memberi kesinambungan kuasa yg hilang dan tidak akan dikembalikan...tiada siapa yg dapat mengembalikan kuasa itu kalau bukan rakyat Sabah sendiri..tiada siapa yang mengembalikanya jika kita tidak bersatu untuk memintanya dikembali...di KM sini tk dapat diperkatakan lagi lah pasal kehilangan tanah ini...tapi apa bole buat...tunggulah!

    BalasPadam
  7. mana2 pertubuhan yang suka menganjurkan demonstrasi jalanan mesti mempunyai kaitan rapat dengan PAS..

    BalasPadam
  8. patutlah negeri kelantan tidak maju2 sampai sekarang.. sebab pemimpin2nya lebih suka berdemo dari menyelesaikan masalah secara profesional dan demokratik..

    BalasPadam
  9. sejarah memberitahu kita di Sabah ini bahawa rakyatnya menolak cara berdemontrasi sebagaimana yg berlaku pada tahun 1986 di mana rakyat menentang melalui proses demokrasi pilihanraya..PBS menang selesa 2/3..memang betul tu Azroy demonstrasi jalanan tu dari orang lain bukan dari orang Sabah..harap-harap orang Sabah jangan termakan pujuk...

    BalasPadam