MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 11 Mac 2012

PEKERJA INDONESIA HANTAR PULANG AS42.1 BILLION PADA 2011


JAKARTA: Sejumlah AS6-1 billion telah dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia ke Negara asal mereka yang bermula Januari hingga November 2011 dan daripada jumlah itu, AS$2.1 billion adalah dari Malaysia.
PEKERJA INDONESIA YANG BUAT HAL DI MALAYSIA
MALAYSIA MENYUMBANG BERBILLION UNTUK PEKERJA INDONESIA
   Menurut Bernama, inilah angka yang tercatat di bank pusat  - Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasukwang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank, yang tidak direkodkan BI.
   Pengarah Pemberedayaan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Baslian Krisnayoza berkata, kiriman wang berjumlah AS$6.1 billion itu adalah daripada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di kawasan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Amerika serta kawasan eropah dan Australia.
   Kiriman wang daripada kawasan Asia sahaja sudah berjumlah AS$3.5 billion iaitu dari Malaysia AS$2.1 billion, Taiwan SA$448 juta, Hongkong AS$441 juta, Singapura AS$238 juta, Jepun AS$146 juta, Korea Selatan AS$85 juta, Brunei AS$53 juta dan lain-lain AS$2.69 juta, katanya dalam satu siaran media di sini.
   Kiriman dari kawasan Timur Tengah dan Afrika berjumlah AS$2.4 billion dengan sebahagian besarnya dari Arab Saudi iaitu RP2.0 billion, kiriman daripada Amerika AS$129 juta manakala kiriman daripada kawasan Eropah dan Australia berjumlah AS$22.3 juta.
   “Secara keseluruhan, kiriman pada tahun 2011  yang berjumlah AS$6.1 billion mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan kiriman pada tahun 2010 yang berjumlah AS$6.7 billion,” kata Krisnayoza.
   Sementara itu di Malaysia penganalisis ekonomi memberitahu, kebanjiran pekarja asing ke Negara ini satu aliran kewangan ke Negara luar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan