TENOM (Sabah Malaysia): Tuan Hj. Ariffin Abdullah, 70, atau nama asalnya Arot Bin Ukab, mungkin memilih untuk terpaksa mengadaikan maruah dan agama jika kerajaan gagal untuk mempertahankan hak mereka untuk kekal menduduki kawasan perkampungan tersusun yang menempatkan seramai 100 orang saudara baru di Kg. Masanoi Kemabong.
TUAN HJ. ARIFFIN AROT MENUNJUKKAN SAMAN |
Perkampungan tersususn seluas 77 ekar itu
diwujudkan ketika era kerajaan parti Berjaya, sebagai penempatan baru kepada
suku kaum Murut yang telah memeluk agama Islam melalui program pengIslaman
beramai-ramai di situ.
Kg. Masanoi wujud sejak sebelum penjajahan
British di kawasan itu , namun akhirnya kawasan itu disahkan termasuk dalam konsesi Estate Barlow
Plantation.
Ariffin yang pada ketika era kerajaan parti
Berjaya sebagai Ketua Pemuda parti telah mencadangkan kepada kerajaan, supaya
penduduk yang hidup berselerak di kawasan itu disusunatur, dan pendekatan yang
diberikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu ialah penubuhan sebuah
perkampungan tersusun.
Syarat yang diberikan menurut Ariffin ialah
penduduk di situ perlu disatukan, dan kaedahnya ialah mereka harus bersedia
sebagai sebuah komuniti.
“Atas kesederan, kami sepakat memeluk agama Islam
secara beramai-ramai,” katanya.
TUAN HJ. ARIFFIN MENUNJUKKAN PLAN KAWASAN TANAH |
Jaminan kemudiannya diberikan kepada
penduduk yang terlibat yang seterusnya mengusahakan lot-lot tanah yang
dikhaskan untuk pelbagai tanaman seperti getah, buah-buahan serta padi dan
Ariffin dipilih sebagai ketua.
Sungguhpun
demikian Ariffin begitu terkilan apabila mengetahui bahawa kawasan tanah
tersebut telah dimiliki oleh orang lain, iaitu orang yang telah diamanahkan
oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh (Sekarang Tan Sri), untuk
mengurus pemilikan tanah itu kepada saudara baru Islam itu.
Ariffin memberitahu, tanah tersebut
kemudiannya dijual kepada seorang ahli perniagaan yang kini telah menghantar
saman kepada beliau serta saudara-saudara baru Islam di situ yang terlibat.
“Pemilik baru ke atas tanah itu telah
memfailkan saman kepada kami pada 29 November 2011,” jelas Ariffin dan
menambah;
“Saudara-saudara baru Islam yang terlibat di
Kg. Masanoi Kemabong benar-benar terhina,” katanya.
Beliau memberitahu bahawa perjuangannya ke
atas tanah tersebut telah berjalan lebih 30 tahun, namun pengamanah tanah itu
yang merupakan mantan orang kanan Datuk Harris Salleh sering meyakinkan beliau
supaya bersabar.
“Lebih 30 tahun mereka berjanji kepada
saya,” jelasnya.
Menurut rekod, geran tanah pertama
dikeluarkan pada 30 Oktober 1980 atas nama Mohamad B. Abdul Rahman (mantan
Pegawai Daerah Tenom), Anthony Lamb dan seorang lagi Theddore Douglas Lind
(mantan pegawai kanan Datuk Harris Salleh).
Ketiga-tiga penama ini telah diamanahkan
oleh Datuk Harris Salleh untuk mengurustadbir tanah tersebut untuk penempatan
saudara baru Islam di Kg. Masanoi.
Ariffin berkata, mereka telah memeluk agama
Islam pada tahun 1979, dan geran tanah itu dikeluarkan setahun selepas
pengIslaman beramai-ramai itu.
Tetapi katanya, ketiga-tiga mereka telah
menabur janji yang bohong lebih 30 tahun kepada saudara baru Islam Kg. Masanoi,
dengan menyatakan ‘geran’ tanah perkampungan tersusun itu akan dikeluarkan
kepada setiap penama yang telah memeluk agama Islam, dan urusan itu sedang
berjalanan.
“Ternyata mereka telah menganiya kami dan
kaum Murut beragama Islam di Kg. Masanoi,” katanya.
Ariffin yang telah mengusahakan lotnya
dengan tanaman getah yang kini berusia 30 tahun itu memberitahu, pemilik baru
tanah tersebut sedang mengheret mereka ke muka pengadilan dan harta benda
mereka di situ, termasuk rumah, kebun getah, buah-buahan serta padi hanya
menunggu masa sahaja untuk dimusnahkan.
Ayah kepada empat orang anak itu
menjelaskan, beliau telah melaporkan kes itu kepada polis pada tahun yang lalu,
tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan telah dibuat.
“”Hari ini, esok atau bila-bila masa
daripada sekarang kami akan diusir di tanah yang kami diami sejak berpuluh
tahun yang lalu,” katanya.
Nenek moyang Ariffin telah telah bertapak di
Kg. Masanoi sejak sebelum kerajaan British menubuhkan sebuah pejabat daerah di
Rundum pada tahun 1910, namun kedaifan mereka menyebabkan kampong itu yang
termasuk dalam kawasan pentadibiran Rundum, diwartakan sebahagian daripada
konsesi perladangan sebuah syarikat mailik British.
Menurut rekod, British tidak pernah mengusir
kaum itu, sebaliknya memberikan mereka pekerajaan iaitu sebagai kuli (penoreh
getah), dan pekerajaan itu telah diwarisi oleh keturunan Ariffin sehinggalah ke
zamannya.
Ketika giliran Ariffin bekerja sebagai
penoreh getah di lading Estate Barlow Plantation, beliau telah memohon kepada
pengurus Ladang iaitu Mr. J.T.W agar tanah yang telah diduduki oleh nenek
moyangnya dikeluarkan daripada konsesi Barlow.
Akhirnya pada tahun 1967 permohonannya
diluluskan melalui resit rasmi bernombor 00672, namun ia tertakluk kepada
sokongan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.
Sebagai Ketua Pemuda parti Berjaya pada
ketika itu, Ariffin mengemukakan pandangan itu kepada Ketua Menteri Sabah, yang
kemudian menasihatkan, supaya pemilikan total ke atas tanah itu hanya boleh diperolehi melalui program
perkampungan tersusun.
Atas nasihat itu, Ariffin bersetuju untuk
melakukan pilihan iaitu bersetuju untuk menyertai program pengIslaman bersama
100 penduduk yang lain.
“Datuk Harris mengarahkan tiga orang
tersebut mengurus tanah tersebut untuk kami,” katanya dan menambah, Datuk
Harris yang kini bergelar Tan Sri masih hidup dan pastinya mengingati peristiwa
tersebut.
“Persoalannya kenapa tanah itu dimiliki oleh
orang lain,” katanya.
Ariffin mahu campurtangan Tan Sri Harris
Salleh dalam urusan tersebut, kerana yakin hanya beliau yang mampu untuk
menyelamatkan mereka daripada diusir daripada pemilik baru tanah tersebut.
Beliau berkata bahawa telah memohon bantuan
daripada Jabatan Hal ehwal Agama Islam Sabah, Pejabat Daerah Tenom dan pihak
berwajib yang berkaitan, namun kesemuanya belum mendapat sebarang petanda yang
positif.
“Kini kami sedang dihalau daripada tanah
kelahiran,” katanya
isu tanah ini telah menjadi umpama penyakit kanker yang sangat sakit rasanya kepada rakyat sabah. ia tak ada ubat selain bentuk kerajaan baru dan kaji semula dasar yg menyusahkan rakyat!
BalasPadam