ANALISA BERITA
Oleh MOHD KHAIRY ABDULLAH
KETIKA
berumur 5 tahun pada 1968, nenek saya mempunyai kegemaran tersendiri iaitu
mengumpul batu sebesar ibu jari setiap kali selesai menorah getah. Jumlah batu
yang diambil adalah bersamaan dengan jumlah kepingan getah pada hari itu.
Batu-batu kecil yang pelbagai warna itu kemudian disimpan dalam sebuah baldi usang.
Setiap hari saya bertanyakan kegunaan batu-batu itu?
WAJAH WANG YANG MENJADI BURUAN MANUSIA |
Nenek yang kami panggil ‘odu’ menjawab, bahawa apabila baldi usang itu
dipenuhi batu-batu itu, maka waktu untuk kaya sudah tiba.
Sebagai seorang kanak-kanak , pada esoknya saya
akan bertanyakan soalan yang sama, yang membuatkan nenek merungut, marah dan
kadang-kadang ia menjadi perbelahan diantara nenek dan datuk (Aki).
Setiap kali baldi itu dipenuhi dengan batu,
nenek akan memberitahu saya bahawa masa untuk kaya sudah tiba.
Keesokan harinya nenek akan menumpahkan bali
yang sarat dengan batu-batu kecil, sementara pakcil saya yang bersekolah dalam
darjah 3 pada zaman itu akan melakukan assignment untuk mengira jumlah batu
yang terkumpul.
TIMBUNAN JONGKONG EMAS YANG DISOROK DALAM SEBUAH GUA |
Sambil makan sireh, nenek akan menyelia
tugasan itu dengan penuh teliti, dan reaksi pertamanya selepas pakcik
memberitahu jumlah batu itu ialah dia akan tersenyum dengan menampakkan sebaris
giginya yang hitam berkilat.
Nenek acapkali murung jika jumlah batu pada
bulan itu berkurangan daripada yang sebelum, tetapi alan memperlihatkan
kegirangannya yang teramat sangat jika jumlah batu jauh melebihi daripada bulan
sebelum.
TOKEK DAN TUANNYA |
“Bulan ini kita lebih kaya,” – itulah suara
kegirangannya, sementara Aki akan mengandakan hirupan baharnya (air tuak).
Hanya pada usia 12 tahun, barulah saya
mengerti hubungan batu dengan kepingan getah tersebut, apabila nenek
memberitahu bahawa beliau seorang buta huruf dan menggunakan batu-batu kecil
itu sebagai kalkaulator.
Ertinya jika batu itu berjumlah 100 biji,
maka kepingan yang terkumpul adalah 100. Nenek memilih batu, kerana ia mudah
disimpan dalam sebuah baldi dan diletakkan di sudut dapur.
EMAS PUTIH DI KENINGAU |
Menurut nenek, tafsiran kekayaan pada eranya
(Tahun 60an) adalah berdasarkan jumlah sesuatu yang berharga.
Majalah Forbes menyatakan seseorang disebut
kaya jika memiliki pendapatan AS$1 juta setahun, yang disokong oleh pendapat
lain yang menyatakan individu disebut kaya jika dia mempunyai passive income
yang lebih besar daripada pengeluaran.
Jika saya menilai dua pendapat di atas dan
pemahaman nenak mengenai erti kekayaan, rumusan yang dapat saya halusi ialah,
‘kekayaan diidentitikan dengan kebebasan kewangan’.
Semua manusia inginkan kesenangan dan
kekayaan di dunia.
Berkisar daripada senerio ini, telah
menerbitkan kecenderungan manusia untuk mengejar kekayaan, yang tujuannya menjurus
untuk mendapat kebebasan kewangan.
Sekalipun hampir separuh daripada manusia di
dunia mendifinasikan wang bukan segala-gala, tetapi tanpa wang manusia tidak
mampu untuk melakukan sesuatu aktiviti di dunia.
Maksudnya keperluan wang itu penting, tetapi
terserah kepada manusia untuk mengimarakkan wang tersebut, untuk aktiviti yang
tidak meminggirkan keperluan keTuhanan dan sebagainya.
Membaca artikel Saudara Raymond Tombung
mengenai nasib pemburu Tokek, kita dapat melihat timbang tara tahap pencapaian
kewangan penduduk di kawasan Asia, apa yang disebut oleh sarjana-sarjana ekonmi
sebagai;
“Lebih banyak aktiviti pemburuan kekayaan
memperlihatkan di situ berlaku kemiskinan”.
Adakah penduduk Asia khususnya di Sabah
miskin? Persoalan ini terlalu sukar untuk diungkai selagi mana manusia itu
tidak menghalusi difinasi kekayaan yang sebenar.
Seorang usahawan yang ternama di Keningau
mengeluh kerana tidak boleh terlelap walaupun beberapa minit pada waktu malam,
kerana dihantui oleh pelbagai kerisauan mengenai jumlah wangnya yang kini
mencacah berbillion-billion ringgit.
Dia memberitahu kepada saya, bahawa dia mula
mengsyaki isteri, anak-anak, pengurus-pengurus serta kakitangan melakukan
penyelewengan, selain dia sendiri tertekan dengan bayaran semula kepada bank
yang berjumlah RM10 juta pada setiap hujung bulan.
Dia mengajukan soalan bagaimana saya mampu
tidur cukup pada waktu malam, sedangkan tidak memiliki apa-apa kemewahan; hanya
seorang wartawan yang besar hanya nama, tidak mempunyai wang, kenderaan, rumah banglo
dan simpanan.
Dalam terkilan, saya tidak memberikan
apa-apa jawapan, namun beliau mengajukan pandangan;
“Sebenarnya kamulah orang kaya, kerana boleh
menghadapi kehidupan ini tanpa sebarang ketakutan,”.
Ketika era Nabi Nuh a.s, seorang petani
miskin bercita-cita untuk menjadi seorang yang kaya raya. Dia berdoa pada
setiap saat agar Tuhan makbulkan hasratnya. Suatu hari petani miskin yang
dikenali sebagai baik budi perkertinya itu, tiba di suatu lembah dimana
disitulah dia bertemu dengan Nabi.
Tanpa mengenali bahawa orang yang sedang
dihadapannya adalah seorang Nabi, si miskin menceritakan impiannya.
Nabi
berpesan bahawa jika dia kaya tanpa beriman kepada Tuhan, dia akan menjadi
seorang manusia yang amat kejam.
Kemudian Nabi memberitahu kepadanya bahawa
adalah lebih baik dia seperti itu (Miskin pada zahirnya), memandangkan
masyarakat telah mengenalinya sebagai seorang yang baik budi perkerti.
Namun si miskin berdegil dengan impiannya
dan berkata;
“Saya berjanji patuh segala perintah Tuhan
sebaik impian menjadi seorang yang kaya raya tercapai,” – inilah janjinya.
Dengan kuasaNya, si miskin menjadi kaya raya,
namun sayang sekali si kaya inilah penentang Nabi Nuh, sehingga terciptanya
perjudian, pelacuran dan pemburuan kekayaan sehingga berlaku kehilangan nyawa.
Pemburuan kekayaan seperti yang diceritakan
oleh Saudara Raymond Tombong, sudah wujud sejak zaman Nabi Nuh.
Ini bermakna manusia kini masih berada
ditahap daif walaupun sudah berpuluh-puluh utusan Tuhan untuk membetulkan
akidah manusia. Ketika zaman Nabi Yesus; Judas antaranya manusia yang tidak
berguna, yang mengakibatkan nabi itu diheret sehingga disalibkan.
Ketika Nabi Muhammad S. A. W, terdapat juga
manusia-manusia yang sanggup menjadi talibarut semata-mata untuk kepentingan
diri sendiri.
Peperangan yang harus kita tempuhi pada
masakini menghala kepada pergelutan untuk menimbangtara identiti dan kondisi
roh.
Adakah roh itu sihat?, pengsan, jumud atau
mati?
Perjuangan manusia masakini ialah
mencergaskan roh, menceriakan roh dan menjadikan roh itu perkasa, agar tidak
rapuh dengan pelbagai dorongan yang tidak menganjur kepada apa-apa kebaikan.
Jika tidak, maka tercapailah impian syaitan
yang dimohon kepada Tuhan untuk mempengaruhi manusia yang tidak beriman.
“Nabi Yesus (Isa) sehingga disalibkan,
tetapi Nabi tidak pernah mengeluh, tetapi kita hanya tidak cukup, kita mula
mempersalahkan Tuhan”.
What is more important is self-content, without self-content, no matter how rich you get, you will still feel that it is not enough.
BalasPadamSome people can live without a penny to their name, but yet they feel happy. Some people have millions of dollars of possessions and yet they worried everyday that they cannot compete with so and so in material things, so they work harder to get more money, to afford more materialistic things.
The key is not how much wealth you must obtain, is whether you know how to be contented with what you have.
By the way, nice story about your grandmother, very nostalgic.
BalasPadamYa, saya juga tersentuh membacanya:)
PadamSiapalah yang tidak mahu kaya. Saya terus terang cakap saya memang mahu kaya cuma sebanyak mana pun usaha yang saya curahkan masa juga 'sedang-sedang' hasil yang diperolehi.
PadamTak salah mengejar kekayaan cuma pastikan dalam kegairahan mengejar jangan sampai tamak haloba menguasai diri. Takut nanti buruk padahnya.
Padam“Ordinary riches can be stolen, real riches cannot. In your soul are infinitely precious things that cannot be taken from you.”
BalasPadam- Oscar Wilde-
“A library of wisdom, is more precious than all wealth, and all things that are desirable cannot be compared to it. Whoever therefore claims to be zealous of truth, of happiness, of wisdom or knowledge, must become a lover of books.”
BalasPadam-unknown sources-
walaupun kita byk harta tapi tapi tidak gembira dan tenteram, ia tak bererti apa2. lebh baik hidup sederhana asalkan hati gembira.
BalasPadamkalau mahu kaya, berusaha la.. jangan tunggu bantuan..
BalasPadam