KENINGAU (Sabah Malaysia): Kemelut politik keluarga
Kitingan pada lewat tengahari Ahad di Keningau terjawab, apabila Tan Sri Joseph
Pairin mendedahkan bahawa adik kandungnya, Datuk Dr. Jeffrey seorang yang lebih
percaya cakap orang lain, yang ‘tukang kipas’ dan ‘tukang angkat kaki’ daripada
abangnya sendiri.
|
TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN |
“Dia (Jeffrey) keras kepala dan keras hati,”
– Pairin memberitahu kira-kira 3000 peserta
Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno Zon 4.
Zon 4 merupakan Umno Bahagian Keningau,
Pensiangan, Ranau dan Tenom.
Pairin yang merupakan Timbalan Ketua Menteri
Sabah menyifatkan perjuangan politik adiknya tidak konsisten, kerana tidak
mempunyai wadah perjuangan yang sebenar..
“Perjuangannya hanya semata-mata kepentingan
peribadi,” dedahnya.
Katanya, Jeffrey berhak untuk berjuang
dalam politik, tetapi perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat.
Pairin memberitahu bahawa
beliau telah diberi peluang dilantik
sebagai Senator dan Timbalan Menteri di
peringkat Persekutuan, tetapi kedegilannya untuk mahu berkuasa beliau tidak
menghormati nasihat dan bertindak mahu bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili
di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika.
|
DATUK DR. JEFFREY KITINGAN |
Katanya, pada waktu itu beliau
(Jeffrey) tidak mahu mendengar nasihat daripada abangnya, jesteru berkempen
untuk kemenangan Dr. Maximus dilakukan untuk menewaskan adik sendiri iaitu Dr.
Jeffrey,”.
Pairin memberitahu, ia sesuatu
yang amat sukar dilakukan bagi seorang abang untuk adik kandungnya, tetapi
keputusan tepat harus dilakukan untuk kepentingan rakyat.
“Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey)
mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 ini di Parlimen Keningau. Ini
membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata
memperjuangkan kepentingan peribadi,” katanya.
Yang amat menyedihkan kata
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu
penyokong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi
peluang kepadanya.
“Ini adalah satu pembohongan
yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri.
Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey
melemparkan fitnah dalam laman sosial Facebook yang kononnya saya mengatakan
bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,”
tegas Pairin.
Justeru itu, kata Pairin,
rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey
dan penyokong-penyokongnya kerana sanggup bercakap apa saja, dan membangkitkan
isu-isu yang sebenarnya boleh dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan
Nasional (BN).
Pairin mengakui bahawa, adiknya seorang
yang memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang mahir
mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah
semata-mata untuk mahu menjadi pemimpin nombor satu.
Katanya, Anwar bercita-cita
ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu
jadi Ketua Menteri.
“Selama lebih kurang 30 tahun,
saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi hari ini saya timbulkannya supaya
rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,”
dedahnya.
Pada masa ini, katanya, Jeffrey
melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng
perjuangan.
“Jika mengikut Perlembagaan
STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang
ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap
haram,” jelas Pairin.
Pairin mengingatkan
rakyat, dan mereka yang berada sebagai penyokong Dr. Jeffrey, bahawa masa belum
terlambat bagi mereka untuk kembali kepangkuan BN.
“Apa yang sedang saya perkatakan di sini
bahawa , perjuangan anda di sana adalah sia-sia,” katanya.