MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 13 Februari 2012

DIFITNAH EDAR 2000 I/C KEPADA RAKYAT ASING, DATUK SAIRIN BUAT LAPORAN POLIS.


EKSKLUSIF
DATUK SAIRIN KARNO
KENINGAU (Sabah Malaysia): Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Karno, pada Isnin, membuat laporan polis terhadap kenyataan yang paparkan di Facebook, bahawa beliau mengedarkan 2,000 Kad Pengenalan (KP) kepada orang asing.
   Tuduhan itu diterbitkan melalui sebuah group Facebook yang berpengkalan di Keningau, yang menyatakan Sairin menjadi dalang di sebalik pengedaran KP kepada seramai 2,000 orang berbangsa Bugis di Liawan pada 10 Feb, 2012 yang lalu.
   Dakwaan itu berbunyi;

  MENURUT SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI,,,PEYERAHAN I/C AKAN DI LAKSANAKAN PADA HARI INI 10hb, 02, 2012,,, DI dun LIAWAN SEBANYAK 2000 KEPADA orang2 bugis,,,,SAYA HARAP MASYARAKAT KENINGAU DAPAT MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG PERKARA INI,,,,INI BERLAKU KERANA KEPENTINGAN POLITIK SESORANG lebih2 lagi,,,PRU semakin hampir,,,’



   Seramai tujuh orang yang mengakses group Facebbok itu, memberi ulasan yang mengambarkan Sairin seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, seperti komen berikut:
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/371588_100001997058993_1682607543_q.jpg
Ben Nick shit betul ba c sairin karno ne.....dia punya angkara la semua 2.....
   Seorang pengakses lain dalam group itu kemudian menambah;
    • http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/48749_100000470393942_1232955102_q.jpg
Amanda Dud kerna pangkat sangup berbuat apa saja....kerana politik sanggup berbuat apa saja....yg meranah adalah org2 tempatan....yg untung org2 yg bukan tempatan(PTI)....saya yakin 5thun dr skrg org2 tempatan di bawah pemerintaan org2 asing(PTI)....siapa yg mampu menentukan?.....klo bukan sekarang bila lagi?....

   Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka, dan berkata;
   "Saya dengan ini membuktikan kepada orang ramai yang kenyataan yang dibuat oleh tujuh orang individu bertanggungjawab, yang nama mereka telah berjaya dikumpul, adalah semata-mata fitnah dan tuduhan liar.
Datuk Sairin diapit oleh Hj. Jasni Rahmat dan Amelia Ajun
   "Kita akan lihat, selepas penyiasatan, sama ada ianya perlu untuk saman pelaku yang kami telah senaraikan, kerana, apa yang kita dapat lihat sekarang adalah bahawa ini akan mencemarkan reputasi peribadi saya," katanya.
   Sairin berkata diharapkan dengan laporan polis yang dibuat oleh beliau, pengguna internet akan menghalang diri mereka daripada menyalahgunakan internet untuk tujuan yang salah, dengan menyebarkan pembohongan yang boleh mengancam keselamatan negara.
   "Laporan polis dibuat supaya semua pengguna Facebook, blogger dan lain-lain, tidak hanya membuat apa-apa tuduhan serta perlakuan lain yang akan mendatangkan mudarat kepada perpaduan dan keharmonian.
   "Kami membuat laporan polis bagi mencari kebenaran bahawa semua mereka yang bertanggungjawab terhadap perkara itu dengan menuduh kita membuat perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, dibawa ke muka pengadilan.
   "Kami percaya bahawa ini adalah sesuatu hasutan serta imaginasi politik usang yang perlu dihentikan serta merta kerana jenis fitnah seumpama ini adalah lebih kejam berbanding membunuh," katanya
   Sairin kecewa apabila dia mengetahui bahawa melalui laman yang sama, integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dipersoalkan, selain daripada dituduh juga terlibat sama dalam pengedaran KP berkenaan.
   Dengan laporan polis, beliau menggesa PDRM untuk mengambil penyiasatan segera dengan membawa individu yang terlibat dan kenyataan mereka direkodkan, untuk tindakan yang perlu bagi membersihkan namanya.
Datuk Sairin (tengah) menunjukkan salinan report bersama para pemimpin bahagian
   Menyertai Sairin ketika membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengahari itu ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau, Tuan Haji Jasni Rahmat, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Keningau Amelia Ajun, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Keningau Azman Ruslan serta kira-kira 20 orang Ahli Jawatankuasa parti itu.

2 ulasan:

  1. kita desak PDRM siasat segera orang orang ini yang suka menabur fitnah.. kerana ia boleh mengundang kemarahan rakyat

    BalasPadam
  2. Ini lagi satu kenyataan pembohongan melampau dari pembangkang, teruskan menyaman agar orang2 seperti ini diheret ke muka pengadilan, siapapun mereka, pemfitnah harus diberi pengajaran, takut jika mereka dibiarkan, mereka akan terus-menerus menjaja fitnah tidak bermoral ini. Datuk Sairin teruskan...

    BalasPadam