Oleh ROSANNA EDEZA
KENINGAU (Sabah
Malaysia): Ketua Pergerakan Puteri Umno Keningau dan Pensiangan – Junaidah R. Sapli
dan Norhafizah Muhamin, menyokong penuh saranan Pembantu Menteri Pembangunan Luar
Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno yang menasihatkan penjawat awam yang
terperangkap dalam pembangkang, agar kembali ke pangkal jalan.
JUNAIDAH R SAPLI |
NORHAFIZAH MUHAMIN |
DATUK HJ SAIRIN HJ KARNO |
UBF merupakan United Borneo Front yang
dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, sementara STAR adalah Parti Reformasi
Negeri yang diasaskan oleh Dr. Patau Lubis di Sarawak.
STAR dikembangkan di Sabah yang disifatkan
oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, abang kepada Dr. Jeffrey sebagai sebuah parti yang tidak sah
beroperasi di sini.
Junaidah dan Norfaziah memberitahu, kerenah
politik Dr. Jeffrey seperti yang didedahkan oleh abangnya, Tan sri Joseph
Pairin pada Ahad, cukup untuk menjelaskan bahawa perjuangan pemimpin itu
berbentuk peribadi dan bukan untuk rakyat.
“Jesteru anda tidak perlu bertahan lama di
sana, anda perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat untuk masa depan anda
dan keluarga anda,” jelas kedua-dua ketua itu.
Mereka mahu supaya penjawat awam khususnya
golongan pendidik yang menjadi pengikut aliran pembangkang, supaya berfikir
panjang dan meletakkan kepentingan masa depan keluarga, bangsa dan negara sebagai keutamaan.
“Kita tidak mahu masa depan generasi anda
tercelar, gara-gara kerana perbuatan silap,” jelas kedua-dua puteri itu.
Di kawasan Sook dan Liawan,
sekurang-kurangnya 500 ahli-ahli UBF telah menyatakan kesediaan untuk
meninggalkan perjuangan NGO itu.
“Kami dipedaya dan kami terperangkap,” dedah
mereka kepada BORNEO DIGEST.
Tindakan bijak penjawat awam itu akan
diikuti oleh ramai lagi ahli UBF di seluruh negeri Sabah dalam tempoh terdekat
ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan