MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 2 Februari 2012

RAKYAT KIMANIS MAHU ANIFA DITUKAR?


KIMANIS (Sabah Malaysia): Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya yang akan datang.
DATUK ANIFA AMAN
   Temuramah dengan para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan (GTK), berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis.
   Kumpulan itu berkata, sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.
    Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang,         
   Seorang lagi Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi
 di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri demonstrasi itu.
   Seramai 300 ahli Umno menyertai demontrasi yang sama pada anjuran ketiga, menurut ketuanya – Asno Amat Muda, yang mengesahkan kesemua yang hadir menandatangani buku kehadiran.  
   Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, seorang pemimpin lain gerakan itu - Rizam berkata, Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan perubahan perlu dilakukan.
    “Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”, tambahnya dan memberitahu;
    “Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan berasal dari Kimanis,” tambah Rizam.
   “Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.” Katanya.
   Asno dari Bambangan yang juga AJK Bahagian Umno Kimanis, berkata ini semua tidak sejajar dengan dasar 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita.
   Katanya, slogan 1Malaysia dengan jelas mengatakan ‘rakyat didahulukan’, maka dalam hal ini Umno harus mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat Kimanis. Kami menuntut seorang Ahli Parlimen yang datang dari kawasan kami sendiri.”
    Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei  yang berjumlah 58 peratus, dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun 38 peratus,  dan seleabihnya pengundi dikalangan kaum Tionghua.
   “Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” Asno menambah. Anifah, yang juga adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, adalah berasal dari Bingkul, Beaufort.
   Dalam beberapa situasi Anifa dikatakan mendakwa berasal dari Bingkor, Keningau dan senerio ini tidak disenangi oleh rakyat Kimanis.
    Tiga ketua penganjur itu berkata bahawa untuk menunjukkan betapa serius mereka tentang tuntutan para pengundi Kimanis, siri demonstrasi tersebut akan diteruskan.
    Asno mengesahkan banyak lagi demonstrasi akan diadalah dalam masa terdekat, dan yang akan diadakan sejurus selepas ini ialah di  Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, dan di Kg. Poring yang juga akan disertai oleh rakyat dari Kg. Paung, Kg. Tamalang, Kg. Pinopok yang berdekatan.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PARLIMEN KIMANIS
 Barisan Nasional Votes Pct Opposition Votes Pct 2004 Anifah Aman (UMNO) 9,655 66% Awang Tengah Awang Amin (PKR) 4,547 31%
2008 Anifah Aman (UMNO) 10,242 60% Jaafar Ismail (IND) 4,789 28%





Tiada ulasan:

Catat Ulasan