KENINGAU (Sabah Malaysia): Perbelahan prinsip politik diantara Pairin dan Jeffrey, bertambah kalut pada Selasa, apabil Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menuduh abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai ‘Takut Kalah’.
TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN |
DATUK DR. JEFFREY KITINGAN |
Dengan
mengumumkan pendapatnya kepada pengamal media di satu sidang akhbar, yang
dilakukan 24 selepas Pairin menuduhnya sebagai lebih suka mendengar nasihat
yang diajukan oleh ‘Tukang Kipas’ daripada abangnya, Jeffrey berkata;
“Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan keliru dan menghadapi banyak tekanan apabila menuduhnya
bertindak menentangnya,”.
Jeffrey
memberitahu bahawa abangnya terdesak untuk kekal berkuasa dan bimbang
kehilangan kuasa.
“Saya belum pun
menyatakan dimana saya akan bertanding, bagaimana pula dia (Pairin) boleh
menuduh saya untuk menentangnya?,” katanya.
Pada Ahad Pairin
memberitahu dalam ucapannya ketika merasmikan penutupan Majlis Penerangan
anjuran Umno Zon 4 di Keningau, bahawa adiknya tidak pernah mendengar
nasihatnya, tetapi menghormati nasihat daripada tukang kipas, tetapi Jeffrey
mendedahkan beliaulah (Pairin) yang tidak pernah mendengar nasihatnya,
sehinggah membawa kepada kejatuhan kerajaan PBS pada tahun 1994.
Katanya ketika
Pairin kehilangan akses ke Istana untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua
Menteri, beliau telah menasihati abangnya supaya bertemu dengan Perdana Menteri
ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk mencari penyelesaian, tetapi
nasihatnya tidak pernah didengar.
Ketika itu,
Jeffrey berkata, Mahathir menghubunginya dan menawarkan kepadanya jawatan Ketua
Menteri, tetapi beliau menolak dengan memberi jawapan kepada perdana menteri
itu;
“Maaf, saya
tidak boleh menerimanya kerana saya bukan pemimpin parti itu. Saya tidak mahu
menjadi ketua menteri dengan cara itu. Memandangkan abang saya telah memenangi
pilihan raya itu secara adil, maka biarkanlah beliau mengangkat sumpah dan
diterima sebagai ketua menteri. Tolong buka pagar itu untuk dia ke Istana,”.
Jeffrey berkata,
sebenarnya beliau telah melakukan banyak perkara untuk menyelamatkan survival
politik abangnya, tetapi amat menghairankan apabila beliau (Pairin) begitu
sukar untuk membezakan dua perkara yang tidak sama, iaitu urusan politik dan
keluarga.
Bekas Pengarah
yayasan Sabah itu memberitahu, jika Pairin menjalankan tugas dengan baik dan
melakukan kerjanya dengan berkesan serta berjuang untuk Sabah dan rakyatnya,
sudah tentu beliau yakin untuk dipilih semula oleh rakyat.
“Tidak perlulah
mencari alas an dan membohongi rakyat untuk mempertahankan kedudukannya,
kecuali dia telah gagal membela nasib rakyat dan tidak yakin untuk dipilih
semula oleh orang-orangnya sendiri,” katanya.
Perbelahan
prinsip antara dua beradik kandung itu meletakkan rakyat dalam situasi keliru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan