KENINGAU (Sabah Malaysia): Pergerakan Puteri Umno Bahagian Keningau optimis BN mengekalkan kuasa selepas pilihan raya ke-13.
DATO SERI NAJIB TUN RAZAK |
TUN ABDULLAH |
Ketuanya Junaidah R. Sapli memberitahu,
keyakinan itu diambil berdasarkan rekod kerja kerajaan Barisan Nasional (BN)
pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang meletakkan rakyat
sebagai utama dalam pimpinannya.
Sebelum ini Setiausaha Politik Menteri
Pelancongan Sabah Datuk Amisah Yassin turut yakin bahawa Pilihan raya Ke-13
adalah milik BN.
DATUK AMISAH |
JUNAIDAH |
Semalam mantan Perdana Menteri Tun Abdullah
ahmad Badwi memberitahu di ibu Negara, bahawa Barisan Nasional (BN) mampu
mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ke – 13, berbanding
pilihan raya yang lalu.
Abdullah bagaimanapun memberitahu, ia
bergantung kepada usaha dan kerja keras pemimpin-pemimpin BN dalam memberi
khidmat terbaik bagi membela nasib rakyat di Negara ini.
Junaidah memberitahu, bahawa kerajaan
sentiasa berfikir untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat, dengan memberikan
pelbagai kaedah yang meliputi keperluan asas, pendidikan dan pembangunan
ekonomi secara holistik.
“Kerajaan tidak pernah membelekangkan
rakyat,” katanya ketika di temui di Keningau pada Khamis.
Secara peribadi saya katakan bahawa saya juga mempunyai keyakinan besar BN mesih memerintah selepad PRU13. Bagaimana pun kita jangan terlalu mengharap dengan berdiam diri seperti menunggu Durian jatuh ke tanah. Kita yang setia pada kepimpinan BN harus berkerja keras, berusaha memastikan kawasan masing-masing supaya pengundi tidak akan beralih ke tangan pembangkang. Kita sayang.. Rakyat akan sayang kita. Inshallah..pasti BN memerintah
BalasPadamBa ngam la tu. Jgn optimis mudah dgn PRU13. Ramai memerhati PRU kali ni lebih getir dr sblmnya. Salah satu kemenangan pembangkang apabila tersalah letak calon di sesuatu kawasan. Kalau rekod dah tak cemerlang patutlah pemimpin menukar calon di kawasan tersebut. PM kata beliau amat teliti dlm memilih calon kali ni.. Kita mau menang ..sebab tu cadangan CM sendiri tidak akan digunakan pakai 100% sbg calon kali ni, kata PM. Beliau ada ramai sumber maklumat yg meneropong, memantau, siasat dan sbgnya kaedah semata2 mencari calon Boleh Menang. Kita bekerja keraslah sehingga memenuhi KPI yg diperlukan. Kekuatan pembangkang kalau dpt disatukan boleh menggegarkan Putrajaya..
BalasPadam