MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 17 Februari 2012

JANGAN GANGGU DUSUN DAN MURUT --- Peribumi


DATO NAJIB RAZAK
KENINGAU (Sabah Malaysia): PERIBUMI pada Jumaat mengingatkan etnik Dusun dan Murut di kawasan pedalaman, supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan selagi ia berada ditampuk pemerintahan.
   “Kerana rakyat adalah kerajaan yang sebenar, maka tidak ada yang perlu dibimbangkan,” nasihat kelab itu.
DATUK MUSA AMAN
   PERIBUMI merupakan Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman yang diasaskan oleh sekumpulan sarjana etnik Dusun dan Murut, yang mengambil pendekatan menyokong dasar-dasar kerajaan.
   Kelab itu berkata, etnik Dusun dan Murut perlu lebih realistic dan tidak menyertai arena politik yang hanya menganjurkan komplikasi fikiran.
   “Apa yang seharusnya kita lakukan ialah fokus dan memperkasa bidang yang sedang diceburi, dan kita di Peribumi dengan sedaya upaya  menjelaskan bahawa pembangunan ekonomi dan ilmu itu lebih penting,” jelas organisasi itu dan menambah;
DATUK SAIRIN KARNO
   “Hanya selepas terbentuk sebuah kerajaan, etnik itu perlu menyatakan komitmen kepada wakil-wakil yang terpilih,”.
   Peribumi menjelaskan etnik Dusun dan Murut ketinggalan lebih daripada 500 tahun ke belakang, dan mereka kini berada dalam situasi pra-pembangunan yang memerlukan masa yang panjang untuk mengejar mereka yang sudahberada jauh di hadapan.
   “Mereka tidak perlu diganggu pada waktu ini,” tegas Peribumi dan berkata, pemimpin-pemimpin politik  harus bertanggungjawab kenapa etnik itu masih mundur.
   Kepada satu isu yang berkaitan, Peribumi berkata, sesebuah parti politik yang berjuang di negeri ini tidak akan menang hanya dengan menjadikan etnik Dusun dan Murut sebagai penyokong.
   “Masih ramai di sana yang memilih politik sebagai keriar, atau mereka yang sudah maju atau mereka yang masih tercari-cari haluan yang boleh dipikat sebagai penyokong, tetapi jangan kepada etnik ini (Dusun dan Murut) ... beri peluang kepada mereka,” jelas organisasi itu.
   Peribumi menyatakan dengan seikhlasnya bahwa kelab itu benar-benar menyayangi etnik itu, pada ketika mereka sedang dilanda krisis identiti.



1 ulasan:

  1. Peribumi ini betul2 perjuangkan hak2 sabah ketika pembentukan malaysia pada tahun 1963 kah atau pengampu BN UMNO. kamu ta sedarkah apa sudah jadi dengan negara sabah ini. kamu tidurkah, kamu biarkan malaya jajah sabah apakah itu perjuangan kamu. sebenarnya kamulah penghianat negara sabah tauuuu ta tau malu

    BalasPadam