MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 14 Februari 2012

BIADAP SAMAKAN PEMIMPIN UMPAMA TAHI ATAU NAJIS --- Peribumi


KOTA KINABALU (Sabah Malaysia): Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (PERIBUMI) berkata,  perbuatan menghina pemimpin, seperti meletakan mereka umpama ‘tahi’ atau ‘najis’ adalah perbuatan yang biadap dan tidak bertamadun.
   Peribumi yang menghantar kenyataan melalui email kepada Borneo Digest dari ibu negeri menekankan;
   “Mereka yang terlibat menyamakan pemimpin sebagai ‘tahi’ atau ‘najis’ amat keterlaluan,”.   
   Peribumi merujuk bual bicara seorang pelayar laman social Facebook –
Ben Nick  yang berbunyi;
BEN NICK DAKWA DATUK SAIRIN 'SHIT' ATAU TAHI
   ‘shit betul ba c sairin karno ne.....dia punya angkara la semua 2.....’,
   Shit dalam Bahasa Inggeris bermakna ‘tahi atau najis’.
   Ben Nick menjawab kepada persoalan yang dikemukakan oleh seorang rakan laman itu yang bernama – David Gujing, yang merujuk kepada dakwaan berlaku pengedaran kira-kira 2000 keping kad pengenalan kepada warga asing dikalangan etnik Bugis di Dun Liawan, pada 10 Febuari yang lalu.
   Kelab penyokong kerajaan itu menegaskan etnik Dusun dan Murut merupakan manusia yang bertamadun, dan adalah sesuatu yang menghairankan jika terdapat generasi baru kedua-dua etnik itu boleh berfikir sejauh itu.
   “Dusun dan Murut amat kesal dengan apa yang mereka lakukan,” jelas Peribumi dan mengingatkan pemimpin-pemimpin politik supaya berhati-hati ketika menyampaikan sesuatu isu yang boleh menyuntik semangat yang tidak sihat kepada golongan generasi baru.
   “Sejak sekian lamanya orang Sabah khususnya etnik Dusun dan Murut tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap pemimpin,” tekan kelab itu.
   Peribumi berkata, pemimpin-pemimpin politik harus bertanggungjawab ke atas porak peranda yang berlaku ke atas perubahan berfikir dikalangan golongan generasi baru di negeri ini.
   “Generasi baru  adalah harta negara, yang perlu suntikan ilmu yang sihat” jelas organisasi itu.
   Mengenai kes Pembantu Menteri Pembangunan Luar Sabah, Datuk Sairin Karno yang membuat laporan polis kerana didakwa mendalangi pengedaran kira-kira 2000 kad pengenalan kepada warga asing dikalangan warga Bugis di Liawan, Peribumi memberi reaksi;
   “Polis harus menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab,”.
   Selain untuk membersihkan nama, tindakan yang bakal diambil memberi pengajaran kepada pelayar internet yang lain supaya lebih bertanggungjawab.
  
   
    

1 ulasan:

  1. x hairan la org skrg luahkn parasaan d laman sembang,datuk najip n datin rosmah pun kana maki n d gelar segalanya relax sja pun ;p..

    BalasPadam