MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 4 Februari 2012

DEKELARASI SEMPORNA PENEBUS MARUAH RAKYAT SABAH

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datu Badaruddin Tun Mustapha menunjukkan dokumen Dekelarasi Semporna yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak dihadapan kira-kira 3000 penyokong

...Catatan Dari Semporna

 Oleh: HASMIN AZROY ABDULLAH,
          Ketua Pemuda Parti STAR Sabah
PERJALANAN sehari suntuk ke Semporna untuk menghadiri Perjumpaan Khas USNO Baru sememangnya sangat meletihkan.
   Apatah lagi perjalanan darat yang melalui jalanraya yang sangat teruk, berlubang-lubang dan sempit. Sepanjang perjalanan, terasa seperti sedang berada dalam sebuah bot laju menuju ke Labuan. Kenderaan sentiasa terlambung-lambung dan teroleng-oleng.
   Dalam hati berkata, inilah harga kepada sebuah keperayaan yang diberikan oleh pemimpin Sabah terdahulu tehadap kepimpinan Tanah Melayu.
 Dekelarasi Semporna antara STAR dan USNO
Jeffrey dan Badaruddin bersalaman realisasikan komitmen
   Pemimpin Sabah mengharapkan dengan pengalaman kepimpinan dari Tanah Melayu yang lebih dahulu merdeka daripada Sabah akan dapat memacu Sabah maju seiring dengan ‘kepesatan pembangunan Malaysia”.
   Sayang sekali, ‘kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari’.
   Sungguh bagai dikata ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Tanah Melayu dahulu semakin maju tetapi Sabah semakin miskin.
   Sabah terus dieksploitasi daripada segi kuasa politik dan ekonomi. Sabah sudah cukup lama menderita. Maka atas dasar itu lah maka dua pemimpin pejuang masakini bersatu hati di bawah bumbung perjuangan yang sama iaitu untuk mengembalikan semula hak-hak dan kuasa kemerdekaan
   Sabah hanya wujud umpama catatan tulisan, wujud pada nama tetapi kini  kuasanya  telah diragut oleh pemimpin Tanah Melayu melalui kepimpinan UMNO/BN.
   Kerana saying dan cintanya kepada rakyat dan negeri Sabah, dua orang peimimpin - Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang mewakili sebahagian besa rpenduduk Sabah dari etnik KadazanDusunMurut, dan Datu Badaruddin Tun Datu Hj Mustapha mewakili etnik Bajau Suluk yang majoritinya beragama Islam.
   Satu gandingan yang cukup mantap dan berkesan serta mewakili aspirasi seluruh rakyat Sabah.
    Bukan itu sahaja, malah gandingan kedua dua pemimpin ini bagaikan ingin mengembalikan semula aura lama pejuang kemerdekaan Sabah dan seterusnya pemimpin Sabah dalam Malaysia iaituTun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun dan juga TunFuad @ Donald Stephen.
Meneliti kandungan Dekelarasi Semporna sebelum ditandatangani
   Sama ada suratan atau kebetulan, namun kenyataannya kedua-dua pemimpin yang mewakili kedua-dua etnik dan kelompok besar dalam komposisi kependudukan Sabah kini bersatu sekali lagi. Bahkan dengan termeterainya Deklarasi Semporna yang ditandatangani di hadapan lebih 3000 penyokong USNO dan STAR yang hadir menyaksikan satu lagi sejarah tercipta untuk Sabah.
   Slogan keramat “INI KALILAH” dan “HIDUP USNO” bagaikan dentuman halilintar memecah suasana yang hangat dengan semangat perjuangan yang membuak-buak.
   Sementara itu, beberapa ucapan bersemangat pemimpin-pemimpin USNO yang lama menaikkan lagi aura perjuangan silam.
   Turut disentuh mengena kesudian USNO memberikan peluang kepada UMNO untuk bertapak di bumi Sabah ini 20 tahun lalu dengan satu harapan UMNO akan mengangkat martabat anak jati Sabah selain daripada menjaga kesucian dan kebajikan Islam.   Namun kesudian USNO untuk berkubur demi UMNO telah dikhianati. Ternyata Sabah terus menerus menjadi negeri termiskin di Malaysia.
   Kehadiran pelbagai agensi dari persekutuan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hampir melenyapkan semua fungsi agensi-agensi kerajaan tempatan. Adakah MUIS dan JHAEINS tidak berkeupayaan untuk ‘menjaga’ kebajikan Islam? Turut dikesalkan ialah kebanyakan agensi persekutuan yang bertapak di Sabah ini bukan dipelopori oleh anak Sabah. Apakah anak Sabah ini begitu bodoh dan langsung tidak mempunyai keupayaan memimpin? Ini lah pengkhianatan yang jelas dan ketara dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN. Jika kita timbulkan isu ini, ada  pemimpin UMNO/BN akan melatah dengan mengatakan kita anti Semenanjung, rasis dan sebagainya. Walhal, apa yang kita nyatakan sebenarnya hanya lah hak yang sepatutnya. Apa yang kita tidak persetujui hanya lah sistem yang digunapakai oleh UMNO/BN semasa ‘melayan’ Sabah dan bukan orang Semenanjung itu sendiri.
   Orang Semenanjung yang bekeraja di Sabah, juga sebenarnya terpaksa mengikut sistem yang dilaksanakan oleh UMNO/BN.  Ramai daripada mereka juga tidak bersetuju malah sangat menyedari bahawa system itu sebenarnya menidakkan hak rakyat Sabah. Apatah lagi, sejarah jelas menyatakan bahawa Sabah merupakan sebuah Negara merdeka sebelum bersetuju membentuk Malaysia bersama empat Negara lain termasuk Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak dan tidak sepatutnya dilayan seperti negeri-negeri di bawah Tanah Melayu.
   Sabah bukan negeri ke 12 atau ke 13 dalam Malaysia, tetapi ‘bersama membentuk Negara Malaysia’. Sabah bukan ‘menyertai’ tetapi ‘Membentuk’.
   Rata-rata rakyat Sabah tidak menyedari fakta ini, kerana pemimpin persekutuan mempunyai agenda tersembunyi yang mahu rakyat Sabah ‘tidak mengetahui’ situasi yang sebenar.
   Bertitktolak daripada tindak tanduk UMNO ini, maka di tempat yang sama UMNO ‘dibenarkan’ bertapak di Sabah, USNO sekali lagi bangkit untuk‘ menarik balik’ kebenaran itu dan mengajak seluruh ahli USNO dan rakyat Sabah untuk sama-sama mengusir kembali UMNO dari Sabah.
   USNO turut menagkui bahawa langkah membenarkan UMNO bertapak di Sabah dahulu adalah satu kesilapan besar dan memohon seribu kemaafan.
    USNO turut berjanji akan menebus semula kesilapan itu dengan mengembalikan semula hak dan kuasa yang sepatutnya di tangan pemimpin Sabah yang tulin dengan menyertai perjuangan bersama Parti STAR Sabah.
   Justeru, kepada seluruh rakyat Sabah, percayalah bahawa ini memang sudah ditakdirkan untuk kita.
   Hayatilah nadi perjuangan kedua-dua pemimpin ini. Jika kita telah kehilangan semuanya, jangan sesekali lupa dan berputus asa kerana kita masih mempunyai masa depan. Masa depan ditangan kita sendiri.
   Lebih utama masa depan anak cucu kita. Generasi pewaris kegemilangan Sabah yang kaya dengan hasil bumi dan keindahan budaya dan adat resam yang sangat unik. Malah sangat harmonis. Mari lah bersama menentukan nasib dan masa depan kita sendiri. Ingatlah, Unity is Duty! Kalau bukan kita siapa lagi. Kalau bukan sekarang bila lagi. Inikalilah!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan