MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 22 Februari 2012

SIASAT KETELUSAN KELULUSAN PPRT DI KENINGAU --- Dr. Jeffrey


Datuk Dr. Jeffrey meninjau tebing Sungai Liawan yberhampiran Kg. Ria
KENINGAU (Sabah Malaysia): Pengerusi Parti Reformasi Negeri  (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan  mahu agar siasatan ketelusan dilakukan terhadap perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Keningau.
   Katanya, banyak kelulusan yang meragukan seperti mereka yang sepatutnya tidak layak, mendapat bantuan  tersebut mengakibatkan permohonan rakyat yang benar-benar memerlukan tersisih begitu sahaja.
Dr. Jeffrey meninjau keadaan sebuah rumah penduduk di Kg. Ria
   Dr. Kitingan menekankan, tujuan siasatan yang beliau cadangkan itu  ialah bagi membuktikan perlaksanaana bantuan itu benar-benar menepati sasaran. 
Dr. Jeffrey mendengar dengan teliti aduan daripada penduduk
   “Apa yang kita lihat sekarang ialah bantuan itu tersasar jauh daripada matlamat sebenar,” katanya, dan mendedahkan ramai penerima bantuan itu di Keningau dikalangan yang berkemampuan, dan saling mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak  berkuasa yang meluluskan.
   Beliau turut yakin bahawa berlaku permainan diantara orang dalam dengan kontraktor, terhadap  kelulusan permohonan bantuan itu.
   “Sesuatu yang tidak betul berlaku di sini,” katanya kepada wartawan selepas meninjau masalah penduduk di Kg. Ria, yang mendakwa dinafikan hak untuk menerima bantuan PPRT itu.
   Penduduk itu yang masih mengharapkan bantuan tersebut dan enggan namanya dipetik memberitahu, beliau telah memohon kemudahan itu sejak lebih daripada lima tahun yang lalu.
   “Rumah ini sudah banyak kali digambar,” kata penduduk itu.
   Dr. Kitingan memberitahu, keadaan penduduk itu terlalu daif dan layak menerima bantuan tersebut.
   Namun katanya, kerajaan lebih memberi perhatian kepada pemohon yang lebih berkemampuan berbanding rakyat yang benar-benar memerlukan.
   “Saya mendapat aduan daripada pelbagai lapisan rakyat di sini bahawa ramai penduduk yang menjadi mangsa,” katanya dan menambah;
   “Saya mahu SPRM menyiasat ketidak telusan ini,” katanya.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan