KOTA KINABALU (Sabah
Malaysia): Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (PERIBUMI) menasihatkan
pemimpin-pemimpin politik pembangkang, supaya berhenti daripada menjanjikan
sesuatu kepada rakyat yang tidak mungkin akan tercapai.
DATUK MUSA AMAN |
Apa yang sepatutnya tegas kelab itu ialah
menggunakan semaksimanya ilmu politik untuk mendidik rakyat supaya lebih
responsip untuk membangunkan kehidupan yang lebih baik, dan tidak menjadikan
mereka seolah-olah sebagai ‘simpanan tetap’ untuk survival politik semata-mata.
Sebagai contoh dedah kelab itu, penyokong
sesebuah parti yang menjadi pengikut setia adalah dikalangan mereka yang telah
melalui banyak pilihanraya, dan kehidupan mereka tidak pernah berubah.
Negeri Sabah yang tercinta ini menjadi tumpuan parti-parti politik |
“Apa kah jawapan anda mengenai ini,” soal
Peribumi dan menekankan sekurang-kurangnya kerajaan yang sedia ada telah banyak
meringankan bebanan rakyat, tetapi berkata, bukanlah satu kesalahan kepada
individu tertentu untuk memilih haluan politik.
Organisasi itu memberitahu, penerangan yang
sejelasnya mengenai perjuangan dengan tidak memomokkan sesuatu yang mereka akan
gunakan sebagai satu tagihan pada pilihanraya yang akan datang.
DATUK DR. JEFFREY |
“Ajar mereka mengenai perkara baru secara
holistic, yang boleh meletakkan rakyat itu
terlepas daripada cengkaman kemiskinan ... ini yang lebih tepat,” tekan kelab
itu dalam satu kenyataan kepada BORNEO DIGEST.
Kelab itu turut mahu pemimpin-pemimpin
kerajaan supaya berbuat demikian.
Peribumi memberitahu, semua pihak dalam
situasi ‘stress’ di atas kesilapan yang
lalu, tetapi ia sepatutnya tidak berlaku secara berpanjangan.
“Rakyat perlu didedahkan mengenai ilmu-ilmu
yang memberi pulangan yang lumayan, umpamanya dalam bidang pertanian,
pendidikan atau pun sesuatu yang belum ada tetapi berguna kepada rakyat,”
tambah kelab itu.
“Tetapi bukan sesuatu yang terlalu besar, dan
terlalu sukar untuk ditunaikan,” tegas organisasi itu.
Menyentuh satu perkara yang lain, kelab itu
berkata,rakyat di negeri ini umpama kanak-kanak yang masih menyusu dan belum
pandai berdikari kerana terlalu dilemaskan dengan pelbagai bantuan kerajaan.
“Bantuan, sesuatu yang amat diharapkan oleh
setiap rakyat, tetapi ia boleh melumpukan masa depan mereka,” jelas kelab itu.
Berpengkalan
di Keningau, organisasi itu memberitahu,
Senerio seperti itu akan terus berlaku kepada sesiapa juga parti yang akan
mengambil alih tampuk kerajaan di negeri ini.
“Tidak ada sesiapa pemimpin atau parti yang
berhak untuk mendabik dada bahawa mereka lebih baik, kerana kebolehan mereka
hanya akan dinilai selepas berkuasa,” tegas kelab itu.
Kepada satu isu yang lain, Peribumi
memberitahu bahawa menjadikan rakyat Sabah maju bukan bergantung sepenuhnya
terhadap tuntutan ke atas royalty minyak semata-mata.
“Terlalu banyak yang terlebih dahulu perlu
diurus, umpamanya mengenai pembangunan sumber manusia, yang menjadikan rakyat
menyedari bahawa kekayaan sebenarnya bermula daripada diri sendiri,” jelas
kelab itu dan bertanya;
“Apakah persediaan parti-parti pembangkang mengenai
perkara itu,?”.
Kelab itu memberitahu bahawa pendekatan
politik di negeri ini perlu penjenamaan, supaya ia tidak menjadi ‘perangkap maut’ kepada rakyat.
“Ramai yang menyertai parti politik dengan
terpaksa mengorbankan sesuatu yang lebih berharga, semata-mata kerana
ikut-ikutan, pemimpin tertentu atau juga sesuatu janji yang kabur,” jelas kelab
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan