MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 20 Februari 2012

PILIHANRAYA KE – 13 MILIK BN --- Datuk Amisah


DATUK AMISAH
KENINGAU (Sabah Malaysia): Datuk Amisah Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) masih berkuasa di Sabah selepas pilihanraya ke-13.
   “Saya pasti ini akan berlaku,” katanya kepada Borneo Digest di Keningau.
   Setiausaha Politik Kepada Menteri Pelancongan Sabah itu memberitahu, BN sama sekali tidak gentar dengan kehadiran pembangkang apa yang beliau sifatkan hanya pandai memainkan bahasa.
   “Apa yang mereka perkatakan itu umpama satu rakaman silam  yang diputarkan semula, dengan pendengar yang sama ... jadi ia tidak memberi apa-apa kesan yang besar kepada BN,” katanya.
   Apa yang penting bagi rakyat yang menyokong BN ialah memperkasakan kekuatan, dengan tidak sama sekali terpengaruh dengan apa yang pemimpin-pemimpin pembangkang perkatakan.
   Ditanya mengenai sokongan parti STAR di Ranau, Amisah sekadar berkata;
   “Mereka adalah segolongan kecil yang sememangnya penyokong setia kepada pemimpin tertentu, dan tidak berpihak kepada kerajaan sejak sekian lamanya,”.
   “Anda harus percaya mengenai ini,” katanya.

4 ulasan:

  1. haha..psikologi saja ucapan Datuk Amisah ini..belum terlambat lagi kalau mau lompat parti pigi STAR Datuk..kita mengalu-alukan..

    BalasPadam
  2. Kita tinguk la Datuk...kau bilang "Apa yang mereka perkatakan itu umpama satu rakaman silam yang diputarkan semula, dengan pendengar yang sama ... jadi ia tidak memberi apa-apa kesan yang besar kepada BN,”... kau silap besar Datuk... kau lupa generasi silam tu sekarang sudah dewasa jadi manusia matang...cukup2lah bermimpi!

    BalasPadam
  3. Rakamsn silam bah ni masa pakai piring hitam lagi...rakaman tiada bertapis..kena tapuk2..takut orang dengar isi dia..rakaman bukti hak kita..

    BalasPadam
  4. kepada Datuk Amisah (DA)..saya masih tidak faham apa lagi yang sedang diperjuangkan oleh BN/UMNO di Sabah ku yang tercinta ini. adakah DA juga sanggup bersekongkol dengan pempimpin UMNO untuk terus melacurkan sabah kepada pendatang asing.adakah DA buta dengan cara UMNO memenangi pilihanraya di sabah?kewarganegaraan songsang yang diberikan kepada pendatang asing itu halalkah bagi DA? RCI yang menakutkan pemimpin UMNO masih dilengah-lengahkan itukah yang memuaskan hati DA? dan RCI ini TIDAK MUNGKIN akan direalisasikan sebelum UMNO ditumbangkan. royalti minyak 5% yang diterima oleh sabah, 20 perkara dalam pembentukan malaysia 1963, polisi kabotaj dan macam2 lagi..inikah yang DA umpamakan sebagai " satu rakaman silam yang diputarkan semula, dengan pendengar yang sama"? bagi DA semua ini hanyalah perkara lapuk kerana imbuhan yang DA terima sebagai pekerja UMNO lebih cukup dari memadai untuk membiayai kehidupan DA sekeluarga. tetapi rakyat sabah secara keseluruhannya merasa sengsara dibumi sendiri.PERJUANGAN REALISTIK parti STAR,PARTI PEJUANG HAK DAN AUTONOMI SABAH, yang DA sifatkan sebagai "segolongan kecil yang sememangnya penyokong setia kepada pemimpin tertentu, dan tidak berpihak kepada kerajaan sejak sekian lamanya" itu adalah ulat,lalat dan semut yang akan menggigit anjing anjing UMNO sehingga menjadi bangkai pada PRU13 nanti. TUHAN Yang Mahakuasa, yang saya dan DA sembah, dan lebih berkuasa daripada BN/UMNO sudah membantu rakyat sabah bagun dari tidur setelah 48 tahun dilalaikan oleh BN/UMNO. Saranan saya kepada DA..jangan lagi perkecilkan usaha rakyat Sabah untuk memperjuangkan HAK DAN AUTONOMI..kerana kami tahu menilai antara FAKTA atau AUTA kerajaan pimpinan UMNO sekarang..

    BalasPadam