MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 11 Februari 2012

BAPA GADAI NYAWA NAIK TROLI HARAM HANTAR ANAK SAKIT KE HOSPITAL


Oleh: CUCU AKI ANTANOM
TENOM (Sabah Malaysia): Ketiadaan pengangkutan memaksa seorang ayah menggunakan troli yang diharamkan oleh kerajaan untuk menghantar anaknya yang diserang penyakit asma ke hospital.
ANDREAS PIKAN
   “Saya melakukan semua ini demi nyawa anak kami,” tekan Andress Pikan, 34.
   Andreas yang tinggal di Kg. Panggi memberitahu, perjalanan selama lima jam dengan menggunakan troli amat memenatkan kerana kuasa troli itu bergantung sepenuhnya terhadap tenaga manusia.
   “Sepanjang perjalanan itu saya dan isteri sentiasa menangis,” jelasnya.
   Pada Isnin anak perempuan Andreas diserang penyakit asma dan keadaannya amat kritikal.
   Kg. Pangi hanya boleh dihubungi dengan pengangkutan keretapi, tetapi perkhidmatan itu terjejas sejak lebih sebulan yang lalu ekoran kerosakan enjin.
MENYEDIHKAN ... Andreas bergadai nyawa bersama isteri selamatkan anak
   Andreas merupakan seorang diantara seramai 3000 pengguna perkhidmatan itu.
   Sejak lebih sebulan yang lalu penduduk telah menyuarakan masalah mereka kepada kerajaan, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan positif telah diambil.
   “Pengerusi JKKKK dan Ketua Kampung telah berulang kali bermesyuarat ... surat rami juga telah dihantar kepada pihak berwajib, tetapi masalah penduduk masih juga belum ditangani,” jelas  Andreas.
   Kg. Pangi juga dikenali sebagai Batu 78, terletak di pesisir Sungai Padas yang sejak sekian lamanya tidak mempunyai perhubungan jalanraya, dan penduduk bergantung sepenuhnya terhadap perkhidmatan keretapi untuk pelbagai keperluan.
   Perkhidmatan keretapi Tenom wujud sejak zaman British, namun sesuatu yang menimbulkan persoalan penduduk ialah kehidupan mereka seolah-olah seperti sebelum merdeka.
   “Tidak ada sebarang perkhidmatan telekomunikasi di sini,” dedah Andreas dan menambah;
   “Neneknya pernah bercerita pada ketika era British terdapat perkhidmatan telefon di sub-sub station keretapi sepanjang perjalanan dari Tenom hingga ke Beaufort, selain perkhidmatan telegrafh,”.
   Andreas memberitahu, jika perbandingan itu dilakukan menunjukkan kehidupan rakyat di kawsan itu pada ketika ini terlalu teruk.
   “Bayangkan jika terjadi sesuatu terhadap anak saya,” Andreas bertanya.
   Pengalaman Andreas itu dikongsi oleh beribu penduduk  yang tinggal di pesisir Sungai Padas, dan kerajaan seharusnya peka dengan apa yang rakyat di kawasan itu sedang hadapi.
   Borneo Digest akan berusaha untuk menghubungi pihak-pihak berkuasa di kawasan itu, termasuk pihak berkuasa kerajaan untuk mendapatkan reaksi.





1 ulasan:

  1. itu lah kooh aman masa mengundi kooh lah yang teriak sini sana bahawa hanya BN saja yang layak memberi pembangunan,tidak ada selain BN,nah kootoh kau sekarang,nanti PRU 13 kooh kasi tinggi bandera BN lagi sampai kalah itu hotel perkasa atau menara pemancar telekominikasi di Tenom...padan muka kamu orang murut....

    BalasPadam