KENINGAU (Sabah Malaysia): Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman
akan menyampaikan ucaptama di Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 di
Keningau pada 26 Febuari ini.
Datuk Sairin Hj. Karno (tengah) mengabadikan gambar bersama jawatankuasa pelaksana Majlis Penerangan Zon 4 |
Zon 4 terdiri
daripada Umno Bahagian Keningau, Pensiangan, Ranau dan Tenom.
Pengerusi majlis
itu Datuk Sairin Hj. Karno memberitahu, seramai 3000 orang akan menghadiri
majlis itu yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.
Sairin yang
merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, dua
kertas kerja yang masing-masing bertajuk – Dasar Kerajaan dan Pembangunan
Negara serta Isu-isu semasa Negara akan disampaikan pada majlis yang diadakan
seawal jam 8 pagi itu.
Beliau berkata,
majlis itu amat penting kerana banyak isu-isu yang dikupas dan dijelaskan
kepada rakyat sebelum menghadapi pilihanraya ke-13, yang dijangka akan diadakan
pada bila-bila masa daripada sekarang.
Orang
ramai khususnya yang tinggal di sekitar Keningau dan seluruh Zon 4, adalah
dijemput untuk menghadiri majlis itu.
PRU 13 akan datang ini diangap yang paling mencabar dari sebelum ini, bagaimana pun saya yakin bahawa BN mesih dapat memerintah selepas PRU 13. Ini adalah pandangan peribadi saya. YAKIN BOLEH...!!!
BalasPadam