MANGKUK DINASTI MING |
LAKSAMANA ZHENG HE |
EKSKLUSIF
Oleh ROSANNA
EDEZA
TENOM (Sabah
Malaysia): Dua biji mangkuk seramik yang menyamai peralatan dapur era Dinasti
Ming, ditemui oleh sepasang suami isteri – Jubin Kinsil, 52, dan isterinya
Jalina Gunsi, 50, di hutan Kg. Makaniton
Tenom pada 11 Febuari lalu.
Menurut pasangan ini kedua-dua mangkuk ini
ditemui dalam keadaan tertelengkup dan bahagian muka serta sisi mangkuk itu
didapati pecah dan retak, disebabkan terlalu lama terdedah dengan cuaca.
Pasangan ini mengandaikan pemilik mangkuk itu tinggal di kawasan perbukitan itu dalam tempoh yang lama, memandangkan terdapat peninggalan lain seperti cerpihan talam yang diperbuat daripada timah.
Mangkuk itu berukuran empat inci ukur lilit dan
bahagian-bahagian lain masih dalam keadaan utuh.
JUBIN KINSIL |
JALINA GUNSI |
“Kami menemui atifak ini ketika mencari
batu sempedan tanah di bukit Lilison,” katanya.
Jubin yang merupakan seorang penjawat awam
di Tenom memberitahu, sepanjang hayat mereka
tidak pernah melihat mangkuk yang unik seperti itu – putih dan diukir
dengan menggunakan dakwat biru, serta tulisan cina kuno.
Salah satu daripada mangkuk itu diukir
dengan kuntum-kuntum bunga berwarna biru, menyamai mangkuk yang digunakan oleh
komuniti cina ketika era Dinasti Ming.
BORNEO DIGEST melakukan pemadanan melalui
banyak saluran dan pengesahan pertama dibuat oleh Stringer media ini di China,
yang mengajukan pendapat;
“Peralatan itu di bawa ketika berlakunya penghijrahan
atau mereka dikalangan kerahan tenaga,”.
Di
Nepal stringer media ini turut memberi jawapan yang sama.
Bukit Lilison terletak kira-kira 2 Km dari pekan
Melalap yang pada era sebelum penjajahan British, menjadi penempatan komuniti
cina yang penduduk tidak mengetahui asal-usul sebenar mereka.
KEDUA DITEMUI |
PERTAMA DITEMUI |
Stringer media ini di Taiwan yang amat rapat
dengan masyarakat Paiwan memberitahu, masyarakat cina yang berhijrah atau
terlibat dalam kerahan terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Menurut
Dong Xi Yang Kao (Studi Mengenai Samudera Timur & Samudera Barat) yang
ditulis oleh Zhang Xie (1574-1640) Dinasti Ming, menyatakan ramai pekerja kapal
yang mereka mungkin tukang masak atau pekerja biasa enggan kembali setiap kali
tiba di sesuatu tempat di merata dunia.
Laksamana armada China Zheng He adalah manusia yang bertanggungjawab mengemudi pelayaran masyarakat cina ke seluruh dunia.
Berdasarkan fakta tersebut, menguatkan
tanggapan pasangan suami isteri dari Kg. Makaniton itu bahawa atifak yang
mereka temui di Bukit Lilison merupakan mangkuk yang dicipta ketika era Dinasti
Ming.
Keluarga pasangan itu tinggal di Kg. Makaniton
sejak lebih satu abad yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan