Tuan
Editor Borneo Digest,
Saya
amat terkejut apabila seorang kawan dari Carbondle Law School Sourthern
Illinois University (SIU), menelefon mengenai Borneo Digest. Dia memberitahu
kepada saya bahawa ada laman blog yang menyiarkan artikel yang pelbagai
mengenai politik Sabah.
SOURTHERN ILLINOIS UNIVERSITY |
Saya berada di Automotive Technology,
university yang sama tetapi dipisahkan. Kedudukan saya amatberhampiran dengan
Southern Illinois University Airport.
Sebelah petang saya menemui kawan itu yang
bernama Joseph yang kebetulan sama-sama berasal dari Sabah.
Ketika membaca laman Tuan, saya begitu
terkejut kerana membaca perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sabah.
Kerinduan saya dan kawan-kawan terubat apabila membaca apa yang sedang berlaku
di Sabah.
Pertanyaan kami ialah, adakah Borneo Digest
sebuah blog? Tetapi jika saya meneliti dan pendapat seorang kawan dari jurusan
kewartawanan, Borneo Digest bukan blog tetapi lebih sebagai media online.
Apabila membaca Borneo Digest, kami rasa
seperti membaca akhbar. Kepuasa benar-benar terasa, lebih-lebih lagi
pengisiannya berkisar mengenai isu-isu di Sabah.
Di SIU, tatapan harian kami kesemuanya dalam
Bahasa Inggeris dan tidak memberi kepuasan kepada kami kerana bahan-bahannya
mengenai pergolakan di sini.
Pembaca Borneo Digest di SIU semakin ramai
dan kami mencadangkan supaya diberi ruangan untuk menyalurkan luahan-luahan
kami di sebelah sini. Terima Kasih Borneo Digest.
IBARAHIM SUIB
dan rakan-rakan
Southern
Illionois University.
JAWAPAN:
Saudara
Ibrahim Suib dan rakan-rakan di Southern Illinois University, terima kasih atas
reaksi mengenai perkembangan BORNEO DIGEST.
Sebenarnya Borneo Digest digarap melalui
Blog, tetapi direka dan diurustadbir sebagai sebuah media online. Pengandali
media ini terdiri daripada kalangan wartawan yang berpengalaman dengan bantuan
daripada pelajar-pelajar Komunikasi Open University Malaysia (OUM).
Pada asalnya ia sekadar Blog, namun melihat
kepada perkembangan Blog di Malaysia, kami amat terkejut bahawa ia tidak diurus
secara professional, tetapi lebih kepada tempat untuk melontarkan ‘fitnah’ dan
cemuhan ke atas pihak tertentu khususnya kerajaan.
Kita tidak menafikan bahawa terdapat Blog di
Sabah yang diurus dengan baik, seperti Sidang Rakyat Sabah dan beberapa lagi,
tetapi yang lain sebagai alat untuk tujuan tertentu.
Kami amat berterima kasih dengan pandangan
positif saudara dan rakan-rakan di SIU serta pembaca-pembaca di seluruh dunia
mengenai Borneo Digest, dan akan berusaha untuk memperkasakan media ini supaya
selamanya tidak dianggap sekadar BLOG.
Di BORNEO DIGEST, artikel kami adalah
‘sumber pertama’ yang disediakan oleh wartawan-wartawan yang berpegang kepada
konsep ‘kualiti yang utama’. Kami mengendalikan media ini secara sukarela,
walaupun terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkan bahan-bahan eksklusif.
Kami mendapat tomahan daripada pelbagai pihak khususnya ahli-ahli politik,
pengikut serta aktivis politik yang tidak menyenangi kami, namun kami
beroperasi dengan berpegang kepada falsafah ‘Bebas, Berani dan
Bertanggungjawab’.
Sejak penubuhannya pada akhir Januari lepas,
Borneo Digest telah membuka pintu kepada orang ramai untuk menulis mengenai apa
isu di hadapan mereka, namun kerana mereka beranggapan bahawa media ini sekadar
Blog, maka peluang itu terlepas kepada orang lain.
Sempena menyambut bulan pertama Borneo
Digest pada 24 Febuari ini, sekali lagi kami membuka ruang kepada sesiapa yang
berminat sebagai wartawan atau mempunyai pandangan kritis mengenai isu-isu
semasa, untuk menulis dan menghantar kepada kami untuk diterbitkan sebagaii
bahan ilmu yang member menafaat kepada seluruh pembaca di dunia.
Kepaqda saudara Ibrahim dan rakan-rakan di
SIU, Borneo Digest telah membuka pintu untuk anda serta sesiapa di seluruh
dunia untuk menyumbangkan artikel. Kehadiran anda di Borneo Digest, akan
meletakkan anda sebaris dengan 28 negara di seluruh dunia yang telah menjadikan
Borneo Digest sebagai rujukan. Tahniah dan tahniah kepada anda semua --- EDITOR.
Saya selaku Editor Sidang Rakyat sangat sangat beterima kasih kepada Editor Borneo Digest kerana nama blog saya turut saudara sebutkan dalam jawapan saudara kepada Ibrahim dan rakan. Saya sebagai blogger juga begitu bangga dengan perkembangan blog BD yang mendapat sambutan rakyat kita di luar negara. Ini tentu memberi suntikan kepada kita supaya lebih mempergiatkan lagi sumber blog kita. tq
BalasPadam