MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 28 Februari 2012

KERAJAAN MESTI IKHLAS SATU-PADUKAN RAKYAT


ULASAN BERITA
Oleh RAYMOND TOMBUNG
DALAM satu ceramah, A Plea for Unity (Satu Gesaan untuk Perpaduan) di Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), telah mengkritik pendirian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hussin yang pernah berkata dia terlebih dahulu adalah seorang Melayu dan kemudian barulah seorang Malaysia (I am a Malay first and a Malaysian second).
   Katanya, ini adalah satu pendirian yang merupakan tamparan kepada hasrat murni yang terkandung dalam dasar 1Malaysia yang sedang giat dipromosikan oleh Perdana Menteri. Ku  Li menyatakan ini untuk menyuarakan kerisauannya tentang masalah perpaduan antara kaum yang menjadi semakin retak di Malaysia, dan sedih sekali DPM sendiri mementingkan kemelayuannya lebih dari perpaduan rakyat Malaysia.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
   Katanya, sumber kekuatan negara ini ialah perpaduan rakyatnya, tetapi ini telah dihakis perlahan-lahan sejak beberapa tahun lalu. “Kita telah menjadi satu negara yang tidak mengenal satu sama lain sebagaimana yang terbukti di bidang politik, ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan awam,” katanya.
TENGKU RAZALI HAMZAH
   Dia juga menyentuh isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menyatakan bahawa dasar itu sebenarnya bukanlah untuk mencipta satu kumpulan kapitalis Melayu yang dibimbing tetapi telah digubal untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa.
   “Dasar itu telah dilahirkan pada tahun 1971 tidak lama selepas Tunku bersara dari jawatan Perdana Menteri, dengan tujuan utama untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan menaikkan tahap penyertaan Melayu dalam ekonomi. Ia telah dicipta untuk semua Rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk Melayu dan Bumiputera.
   Malangnya, kata Ku Li, DEB telah disalahgunakan sehingga membawa kepada masalah hubungan antara kaum yang semakin merosot di Malaysia sekarang. Ini, katanya dapat dibuktikan daripada sifat perkhidmatan awam yang terlalu didominasikan oleh orang Melayu. Dia mengesali keadaan di mana perkhidmatan awam negara mempunyai barisan kakitangan yang tidak mencerminkan komposisi rakyat Malaysia yang sebenar, dan ini telah menyebabkan perkhidmatan kerajaan tidak cekap.
   “Jika kita melawat mana-mana jabatan kerajaan atau universiti, kita tertanya-tanya  ke mana sudah perginya orang-ortang bukan Melayu. Selepas 1969, tiba-tiba terdapat cubaan untuk mengambil kakitangan kerajaan yang kebanyakannya dari masyarakat Melayu ke dalam perkhidmatan awam.
   “Adalah tragik bahawa perkhidmatan awam tidak mencerminkan komposisi kaum penduduk Malaysia, kerana kehadiran satu kaum yang mendominasi mempunyai kecenderungan untuk menanamkan satu sub-budaya yang bertentangan dengan hasrat membangunkan satu pentadbiran awam yang dinamik dan efisien di negara ini,” ujarnya lagi.  
    “Menyedari hal ini kerajaan telah terpaksa mengakui bahawa ketidakcekapan
 dalam perkhidmatan awam telah menyebabkan kos yang tinggi dalam usaha menggalakkan kemasukan pelaburan, dan ini telah menyebabkan Perdana Menteri merombak perkhidmatan awam melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).”
   Apabila kita merenung kata-kata Ku Li ini kita menyedari betapa banyaknya masalah yang selama ini tidak berani kita timbulkan. Kita telah mendiamkan perkara ini dan menerimanya sahaja sebagai sesuatu yang kita fikir tidak harus disentuh kerana kononnya sensitif. Dalam hal pengambilan kakitangan kerajaan yang terlalu cenderung kepada kaum Melayu, ini juga sebenarnya telah merebak pemikirannya ke negeri Sabah sejak zaman pemerintahan USNO dan selepas itu Berjaya. Jika di Tuaran sahaja sudah banyak tuduhan dibuat bahawa barisan kakitangan Pejabat Daerah dan Majlis Daerah adalah kebanyakannya Bumiputera Islam (Bajau) berbanding dengan kakitangan dari kaum Dusun. 
   Dalam pengambilan pelajar-pelajar IPTA pun kita akan dapati bahawa majoriti yang diterima adalah dari kaum Melayu. Malahan baru-baru ini telah diadakan satu demonstrasi oleh pelajar-pelajar UiTM mendesak agar UiTM menerima hanya pelajar-pelajar Bumiputera. Tetapibukanlak UiTM itu milik semua orang Malaysia?
   Dan benar seperti yang disebut oleh Ku Li, apabila kita melawat mana-mana pejabat kerajaan, malah beberapa bank sekali pun, kita dapati paras kakitangan yang menyambut kita hampir semua adalah dari satu kaum sahaja. Dan pada ketika ini dikatakan bahawa semua pengambilan kakitangan kerajaan di mana-mana pun akan mengutamakan pengambilan dari satu kaum sahaja dengan tujuan untuk memberi imej kerajaan yang didominasikan oleh satu kaum.
   Bagi pandangan Ku Li, ini akan memburukkan lagi tahap perpaduan kita yang semakin merosot. Ia akan terus menyebabkan orang-orang bukan Melayu untuk merasa tidak puas hati dan merasa mereka didiskriminasikan, malah terpinggir sebagai rakyat negara mereka.
  Sepatutnya kerajaan menggunakan jabatan-jabatannya untuk meningkatkan perpaduan kaum dengan memastikan struktur kakitangan kerajaan benar-benar mencerminkan komposisi penduduk negara. Di sinilah rakyat Malaysia akan memupuk perhagaulan ysng intim dan menjadi contoh perpaduan yang sejati untuk menjadi ikutan masyarakat umum.
   Jika kerajaan benar-benar mahu mencapai tahap perpaduan masyarakat yang lebih kukuh, ia harus, dib awash GTP, mulai sekarang mengubah dasar pengambilan kakitangannya di seluruh negara, agar keseimbangan kaum berlaku di dalam semua jabatan kerajaan dan IPTA-IPTA dalam masa setahun dua dari sekarang. Jika ia terus gagal berbuat demikian, maka sia-sialah kempen perpaduan, integrasi nasional dan usaha-usaha Jabatan Perpaduan Negara selama ini. Buat apa berkempen untuk perpaduan jika pada yang sama usaha menyatupadukan rakayat tidak juga dilakukan dengan serius?
   Yang dikesalkan lagi para pemimpin kerajaan dan pembangkang juga tidak sedikit pun bersuara tentang amalan diskriminasi oleh kerajaan selama ini. Maka sia-sialah juga istilah   “Bersih, cekap dan amanah” yang menjadi slogan semua kakitangan awam. Kita harus sedar bahawa Ku Li bercakap benar dan kita perlu mengubah amalan kenegaraan kita demi kebaikan negara secara keseluruhan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan